Keluarga ‘Tiktok’ Kini Sembuh Dari Covid-19

Keluarga kepada Dr Samsu Ambia Ismail, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, yang sebelum ini positif COVID-19 difahamkan telah disahkan sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan oleh  anak sulungnya, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam Isnin.

“Finally Covid free!” tweetnya sambil disertakan sekeping gambar memperlihatkan mereka sekeluarga sedang tersenyum sambil berpakaian biasa di hospital.

Perkongsian dari Erika mendapat perhatian dari netizen dengan rata-rata mereka dilihat gembira dan turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada dia sekeluarga yang sebelum ini terkenal selepas tular video mereka bermain tiktok sewaktu sedang menjalani rawatan di hospital

Malah sebelum tweet tersebut Erika juga ada berkongsi satu video tiktok dimana mereka sekeluarga dilihat bertukar dari menggunakan baju hospital kepada baju biasa.

“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya ringkas

Memetik Bernama, mereka sekeluarga yang disahkan pulih selepas menjalani 3 ujian bagaimanapun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

“Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami

Menurut Erika lagi, mereka sekeluarga ketika ini sedang membersih dan menyahkuman seluruh rumah.

“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat)  di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” jelasnya.

Recent Posts

  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

10 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

39 mins ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

19 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

19 hours ago