Video Adik-Adik Comel Disakat Polis Tarik Perhatian Dr Maza

Baru-baru ini tular satu klip video yang difahamkan berlaku di Batu Pahat, Johor yang memperlihatkan seorang anggota polis yang sedang menyekolahkan sekumpulan anak-anak kecil yang di tangkap bermain secara berkumpulan di luar rumah sedangkan negara ketika ini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Video yang dikategorikan lucu oleh orang ramai susulan dari reaksi comel adik adik ini yang dilihat begitu menggelabah ketika ‘dimarahi’ oleh anggota polis berkenaan kemudiannya dikongsikan banyak portal tempatan.

Terbaru perkara ini turut menarik perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan gelaran Dr Maza.

Menurut Dr Maza, dia menemui beberapa sisi menarik hasil pengamatan pada video tersebut antaranya mengenai anggota polis tersebut dan juga keadaan anak-anak tersebut.

Pegawai PDRM yang menjalankan tugas dengan baik

Saya menonton video ini, saya dapati ada beberapa sisi yang menarik :

Pertama, pegawai PDRM berkenaan telah menjalankan tugas dengan baik. Memberi amaran dan juga memberikan maklumat kepada anak-anak yang kita kasihi ini. Itu semua untuk kebaikan mereka juga.

Nilai insan yang tinggi

Kedua, dalam masa yang sama juga beliau memenuhi nilai insani yang tinggi sebagai seorang insan dengan membeli jualan anak tersebut. Saya percaya beliau tidak memerlukannya tapi sebagai tanda kasih dan simpati. Terasa sebak apabila melihat sikap yang mulia itu. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan beliau rezeki yang luas.

Kehidupan anak ini sangat sederhana

Ketiga, di sudut anak-anak tersebut, dari penampilan mereka, kita lihat tersangat sederhana kehidupan yang mereka sedang lalui. Tanpa kasut di kaki dan pakaian yang amat biasa. Mungkin mereka juga tiada hiburan seperti kebanyakan anak-anak kita. Alam adalah kehidupan mereka. 

Menurut Dr Maza, walaupun mereka dilihat sederhana dari kebendaan namun dia percaya kanak-kanak ini meperoleh kegembiraan dunia yang lebih dari anak-anak orang ramai di bandar-bandar besar.

Saya percaya ALLAH memberikan kegembiraan dunia kanak-kanak mereka mungkin melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar. Kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa.

Dr Maza turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar anak-anak ini diberikan masa depan yang baik.

Namun, zahirnya, mereka dalam keadaan yang sukar dari segi kebendaan. Barangkali peristiwa itu menjadi kenangan dalam hidup mereka. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan masa depan yang baik untuk semua anak-anak tersebut.

Ramai netizen turut terkesan

Sama seperti Mufti Perlis ini, walaupun ramai turut terhibur dengan reaksi anak-anak ini, mereka dalam masa sama tetap prihatin dengan keadaan anak -anak ini sehingga ada yang bertindak menghulurkan bantuan buat mereka.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter yang pada mulanya berniat untuk mendermakan kasut buat kanak-kanak terbabit, namun dia difahamkan sudah ada yang menderma untuk mereka

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

12 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

22 hours ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

22 hours ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

22 hours ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago