Mask Bocor? Akhirnya Aliff Syukri Tampil Beri Penjelasan

Nampaknya nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan orang ramai, semua gara-gara video live yang dimuat naiknya mengenai topeng muka keluaran syarikatnya yang difahamkan bocor ditembusi air ketika sedang menjalankan demonstrasi.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Aliff akhirnya tampil memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai topeng muka tersebut.

Belum lagi dijual masih di peringkat ujian

Menerusi instagram, Aliff menerangkan yang pihaknya belum lagi menjual topeng muka tersebut belum dijual kerana buat ketika ini ianya masih dalam peringkat ujian.

:Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya. Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan satu mask pun tak terjual.
 
“Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali,” katanya pada ruangan kapsyen.

Produk baru sahaja tiba dari kilanga

Mengulas lebih lanjut, Aliff berkata produk tersebut sebenarnya baru sahaja tiba dari kilang dan dia memilih untuk mencubanya secara live dan melihat respon orang ramai terhadap kualitinya.

“Saya mohon maaf sekiranya ada yang menganggap saya cuba menipu pengguna, saya sendiri pun tidak jangkakan perkara tersebut.

“Sehubungan itu kami telah menaik taraf kualiti topeng muka kami dan kali ini tidak bocor lagi,” katanya yang akan menyumbang 1,000 keping topeng muka kepada golongan yang memerlukan.

Aliff meminta orang ramai agar berhenti dari mengecamnya

Menerusi posting yang sama, Aliff turut memohon kerjasama orang ramai agar menghentikan segala tohman dan tidak mencari kesalahannya

“Saya memohon kepada masyarakat untuk berhenti mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
 
“Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali,” ujarnya.

Diharap penjelasan dari Aliff Syukri dapat menjawab segala persoalan orang ramai. Mungkin dia tersilap untuk memilih mencuba produk tersebut secara live di IG namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari kesilapan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago