Paru–paru Suami Dijangkiti Kuman, Wanita Dedahkan Bahaya Hisap Rokok Seludup

Rokok secara amnya memang berbahaya, namun kecenderungan orang ramai yang memilih untuk menghisap rokok seludup berbanding rokok biasa dek kerana harganya yang murah sebenarnya lebih membahayakan.

Seorang wanita, Tasha Naz menerusi Facebook berkongsi kepada umum kisah yang menimpa suaminya yang disahkan mengalami jangkitan pada paru-paru ekoran dari menghisap rokok seludup

Tukar rokok semasa PKP

Difahamkan suaminya baru sahaja beralih kepada rokok berkenaan sewaktu bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Namun nasib tidak menyebelahi suaminya, baru  beberapa hari bertukar ke rokok seludup Tasha mula menyedari perubahan pada suaminya antaranya badan yang sedikit berbau, kerap batuk kering malah senang dijangkiti demam dan selsema.

Ya, suami saya disahkan ada lung infection. Memang dia seorang perokok. Tapi sejak dia beli rokok seludup waktu awal PKP hari tu, saya da perasan, bau badan dia makin busuk, batuk dia jadi kering dan dia senang kena demam dan selsema.

2-3 hari je dia hisap rokok Dblend tu, dia terus demam teruk. Kami ke klinik, klinik suruh kami terus ke Hospital. Masa tu da rasa risau sangat. Suami da makin x respon. 

Doktor tanya hisap rokok apa

Masuk sahaja hospital, doktor tanya macam macam. Bila sampai je part rokok, doktor terus tanya, hisap rokok apa. Suami jawap, dulu Dunhill, baru 2 minggu Dblend.

Foto: MediaKota

Tiada kawalan kualiti

Doktor terus sekolahkan suami cakap bahaya hisap rokok seludup. Penuh dengan bahan kimia terlarang sebab dia orang tiada da kawalan kualiti langsung. Bahaya.

Bernasib baik suami kembali pulih selepas 4 hari di wad

Tasha dan suami bagaimanapun bernasib baik kerana suaminya kembali sihat selepas 4 hari menjalani rawatan di hospital. Mengakui kecewa melihat keadaan suaminya yang disaluti wayar semasa di hospital fokus nya kini hanyalah untuk membantu suaminya 100% sembuh

Hati isteri mana yang x hancur tengok suami penuh wayar kat badan. Syukur semuanya hanya 4 hari dalam ward. Alhamdulillah, suami saya da discharge dan sekarang kami fokus untuk berubat dan bantu dia untuk sembuh sahaja.

Now suami kata dia da bertaubat nak hisap rokok seludup – Tasha Naz

Perkongsian Tasha turut tular di Twitter dengan rata-rata netizen dilihat terkejut dengan pendedahan tersebut.

Malah ada yang mengakui bahaya mana pun rokok ini ia tetap akan dijual di pasaran memandangkan terdapat permintaan yang tinggi oleh rakyat tempatan

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

11 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

11 hours ago