Selepas Teruk Dikecam, Pemilik Butik Leeyanarahman Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Baru-baru ini tular di media sosial mengenai butik muslimah Leeyanarahman yang dikatakan telah bertidak mendiam kan diri selepas pelanggan meminta duit refund susulan dari kegagalan mereka untuk menyiapkan baju sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Bermula dari 1 ciapan akhirnya ramai pelanggan yang tampil menceritakan perkara yang sama menyebkan butik berkenaan teruk dikecam di media sosial

Selepas beberapa ketika mendiamkan diri, pemilik butik muslimah itu akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.

Memetik Gempak, Nur Liyana Abdul Rahman yang dihubungi berkata semua masalah ini berpunca dari kegagalan pihak kilang di Guangzhou, China yang gagal menyiapkan baju mereka seperti yang dijanjikan.

Malah menurut Liyana, pihaknya juga terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit susulan dari perkara tersebut

Dijanjikan bulan dan bintang

“Semua orang tahu kilang kami berada di Guangzhou, China. Jadi disebabkan Covid-19, kilang itu baru kembali beroperasi pada bulan Mac lalu.

“Mereka menjanjikan bulan dan bintang kepada kami. Kami ada dalam 70 rekaan, dalam 80% dah sampai dan sudah terjual.

Ada bukti transaksi

“Pada 29 haribulan kami dapat senarai pembungkusan (packing list) untuk kumpulan akhir (last batch). Itu bermaksud kami perlu bayar baki bayaran sebanyak RM711,000 untuk diproses. Kami ada bukti semua transaksi yang dibuat.

“Selepas bayar pada 30 haribulan, setiap hari kami kemaskini dengan pihak sana bila barang nak sampai. Namun, bila asyik diasak rupanya barang tak ada. Mereka bagitahu semua baju dihantar ke Korea untuk dijahit di sana. Itu memang alasan bodoh dari mereka

Setiap admin uruskan 1000 pelanggan

“Dalam keadaan begini, saya memang kena jujur dengan pelanggan yang telah bayar cuma saya takda kongsikan di Instagram (IG). Saya buat video dan bagi kepada lima orang ‘admin’ saya.

“Setiap ‘admin’ itu di bawahnya ada lebih 1000 orang pelanggan. Jadi bukan ambil masa lima minit untuk balas dan ‘refund’ semuanya.

“Ada sesetengah pelanggan dia faham dan berikan maklumat yang lengkap. Ada pulak yang bising dan maki dulu tanpa beri nombor akaun. Macam mana kami nak proses, itu yang jadi la

Perlu semak dahulu data pelanggan khuatir ditipu

“Pihak kami juga perlu semak dahulu setiap satu bayaran. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu ramai juga yang tipu dan jadi ‘scammer’. Bayangkan beribu-ribu punya ‘refund’.

“Setiap hari kami cuba untuk ‘refund’ seramai yang mungkin sampai dua pagi kami bekerja. Alhamdulillah sebenarnya dah ramai yang dapat duit mereka.

Tak ada istilah makan duit pelanggan

“Itu situasi sebenar. Tak ada istilah kami makan atau ambil duit pelanggan. Demi Allah, kami tak ada guna duit pelanggan untuk ‘rolling’ perniagaan. 

“Viral itu memang takkan habis. Setiap tahun viral. Leeyanarahman ini dah enam tahun beroperasi, kami memang nak kekal dalam tempoh lama,” jelasnya lagi.

“Saya dah tak fikir untung rugi sekarang ini sebab memang dah rugi. Saya nak selesaikan ‘refund’ pelanggan dulu sebelum hari raya. Jumlah keseluruhan yang dah selesai sekarang ini RM300,000.

“Selepas selesai dengan pelanggan, saya akan jelaskan apa sebenarnya yang dah berlaku. Sekarang ini kalau saya cakap pun orang takkan percaya dan puas hati sebab tengah panas hati,” katanya lagi.

 Dikesempatan itu, Liyana turut meluahkan rasa kecewanya mendedahkan dimana terdapat pekerjanya yang diludah oleh pelanggan disebabkan masalah terbabit

“Tidak cukup dengan kata-kata makian di whatsApp, ada pelanggan yang datang HQ tuntut baju raya mereka. Kami terpaksa cari barang dia dalam timbunan barang yang banyak tu. 

“Ada staf yang kena ludah. Mana kau punya adab, kami bukan anjing. Kami manusia biasa macam orang lain juga.

“Saya rasa lepas raya ini mungkin ‘admin’ saya akan berhenti kerja sebab dah tak tahan. Mereka trauma, setiap hari menangis,” kata Liyana.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago