Kini Tampil Bertudung Labuh, Mila Jirin Luah Rasa Syukur Diberi Hidayah

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Lama tak dengar cerita mengenai penyanyi Mila Jirin, yang juga juara pertandingan realiti Akademi Fantasi bagi musim ke-5 . Dia yang kini banyak memberikan fokus pada perniagaannya baru-baru ini meluahknan rasa syukurnya selepas mendapat hidayah untuk tampil dengan imej baru bertudung labuh

Menerusi Instagram, Mila mendedahkan hatinya terdetik untuk mengubah gaya penampilannya selepas membaca dan mentafsir surah An-Nur yang bercerita mengenai peranan wanita dalam memelihara kehoramatan mereka beberapa hari lalu.

โ€œHabiskan Juzuk 18 Surah ke 24 iaitu surah An-Nur, ayat 31. Baca tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang Allah beritahu bukan sahaja perlu menundukkan pandangan tetapi mesti juga menutup anggota dengan menjaga aurat.

โ€œ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต โ€Ž๏ทป berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: โ€œHendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ธ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐˜‚ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๏ทป, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Keinsafan yang menebal dalam hati .. ras malu dengan Allah

โ€œMasya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar-benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesanโ€ฆ Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan Allah,โ€ tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, Mila turut memohon orang ramai untuk mendoakan dia agar terus istiqamah dengan penampilan barunya itu serta berharap pengikutnya juga turut bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

โ€œAlhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.

โ€œSaya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya,โ€ tulisnya.

Kita tak tahu, mungkin ini hari terakhir kita

Tambah pemilik dan pengasas syarikat Bizmilla itu lagi, dia sentiasa menanam nasihat suaminya yang manusia tidak tahu mungkin itu merupakan hari terakhir mereka berada di muka bumi Allah.

โ€œBak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah. Maafkan saya jika ada salah dan silap

Di kesempatan itu dia turut memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silapnya kepada orang lain.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago