Ramai Degil Bawa Anak Ke Mall, Kerajaan Cadang Pinda Akta 342 Larang Bawa Anak

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) antara isu paling kerap diperdengarkan adalah kehadiran anak kecil bersama ibu bapa mereka di pasaraya dan pusat beli belah.

Perkara ini turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan yang kerap kali menasihatkan orang ramai memandangkan kanak-kanak di bawah 12 tahun merupakan golongan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19 selain warga emas.

Terbaru Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan ketika ini sedang bercadang untuk mengkaji semula Akta 342 dalam melarang ibu bapa dari membawa kanak-kanak ke pasar raya dan pusat beli-belah.

“Kita akan berbincang dengan Peguam Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencapai persetujuan.

“Kalau perkara ini dipersetujui maka peraturan boleh dipinda. Jika melanggar peraturan boleh dihukum di bawah Akta 342,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya kerajaan perlu meneliti secara mendalam mengenai implikasi dan mendapatkan nasihat perundangan sebelum peraturan boleh dipinda.

Foto : Intrend

Dalam pada itu Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan measihatkan orang ramai yang berkunjung ke pasar atau mana-mana permis perniagaan untuk memberikan maklumat yang betul .

Tambah beliau, ini bertujuan memudahkan pemilik premis untuk menjejak orang ramai sekiranya terdapat kes positif Covid-19 sewaktu kunjungan mereka ke sana.

Ada tulis nama Badang, Superman.. Juga nombor telefon salah

“Saya difahamkan ramai tak beri nama dan nombor telefon yang betul. Ada tulis nama badang, superman, batman dan macam-macam lagi. Mereka juga beri nombor telefon yang salah.

“Kalau terjadi apa-apa kecemasan sama ada kontak rapat berkait kes positif Covid-19, pemilik kedai tak dapat hubungi. Jadi akhirnya menyusahkan mereka juga,” katanya.

Katanya, pengunjung cuma perlu memberikan nama dan nombor telefon sahaja untuk memastikan mereka boleh diselamatkan jika ada kes jangkitan Covid-19.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

4 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

6 hours ago