“Tak Sangka Saya Hilang Ketiga-Tiga..” – Bapa Kongsi Rasa Sedih Selepas 3 Anaknya Dipercayai Lemas

Media tempatan semalam melaporkan satu tragedi hiba yang menimpa 3 beradik beradik yang dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Telemong, Hulu Terengganu. 

Lebih memilukan apabila ayah mereka bercerita perangai pelik anak-anak lelakinya itu yang sebelum itu sengaja memilih untuk berpakaian sedondon sewaktu Aidilfitri dan bergambar berpelukan dengannya.

Menurut Mohd Ismail, 64, dia mulanya dia tidak menganggap permintaan itu suatu yang pelik kerana hubungan akrabnya dengan anak, Umar Iskandar, 21; Khairil Firdaus, 17; dan Khalif Naim, 16.

“Memang janggal sikit apabila mereka ajak bergambar sebab kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap pelik. Mereka juga minta saya peluk.

“Cuma saya tidak sangka kini saya kehilangan ketiga-tiganya,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Pencarian masih lagi diteruskan

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, ketiga-tiga beradik itu hilang selepas dipercayai mandi di sungai terbabit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Menurut pesara Tenaga Nasional Berhad(TNB) itu, sewaktu kejadian juga dia tidak berada di rumah kerana sedang membersihkan masjid berhampiran rumahnya.

“Saya ke masjid kira-kira 5.30 petang dan ketika itu tiga anak membersihkan rumah sebelum didatangi sepupu mereka yang bawa lemang.

Dipanggil balik oleh anak saudara , ingat orang curi kelapa

“Kira-kira 7 malam, anak saudara menemui saya di masjid dan meminta segera pulang. Dia tidak cerita apa-apa dan saya menyangka ada orang curi kelapa saya lagi kerana ia kerap berlaku.

“Malangnya, saya dibawa ke tebing sungai dan ditunjukkan pakaian, selipar serta telefon bimbit anak. Dalam hati sudah mengagak anak mungkin lemas,” katanya yang memberitahu anaknya jarang mandi di sungai itu.

1 sudah ditemui

Setakat artikel ini ditulis, mayat abang sulung, Umar Iskandar sudah ditemui disekitar jam 9 50 pagi tadi kira-kira 100 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Basri Kamarazaman, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

13 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

23 hours ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

23 hours ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

23 hours ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago