Bekas Orang Kanan Dedah Trump Mohon Bantuan China Untuk Menang Pilihanraya

Seorang bekas pembantu kanan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump iaitu John Bolton mendedahkan bekas ketua nya itu telah merayu bantuan pemimpin China, Xi Jinping yang boleh dikira antara musuh utamanya dalam kancah politik antarabangsa untuk mengekalkan kerusi Presiden dengan memenangi pilihan raya tahun ini.

John Bolton yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penasihat Keselamatan (National Security Advisor) juga mendakwa yang fokus utama Trump untuk memenangi pilihanraya ketika ini menjadi punca kepada semua dasar asing yang diperkenalkannya

Bolton(kanan) mendedahkan pelbagai salah laku Trump menerusi buku terbarunya

Sanggup ketepikan pencabulan hak asasi oleh China demi sokongan

Menerusi satu petikan dari buku yang ditulis Bolton yang telah dikongsikan beberapa portal besar seperti The Washington Post, The New York Times dan banyak, Bolton mendakwa Trump demi menjaga kerusi Presiden nya berulang kali menyuarakan kesanggupan untuk mengetepikan pencabulan hak asasi oleh China terutamanya kes membabit etnik Islam Uighur.

Lebih berat lagi dia memberitahu Presiden China itu bahawa tindakan dikenakan ke atas etnik Islam Uighur adalah perkara yang sewajarnya dilakukan.

“Sukar untuk saya kenal pasti keputusan Trump yang tidak dipandu oleh percaturan politik, sepanjang berkhidmat di Rumah Putih,” tulis Bolton bercerita mengenai keperibadian Trump.

Malah bekas orang kanan Trump itu mendedahkan Trump sewaktu pertemuan bersama Xi pada Jun tahun lalu dengan sengaja menukar tajuk perbualan kepada perancangannya dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) dengan harapan China akan menyokongnya memandangka keupayaan ekonomi China yang mampu mempengaruhi keputusan.

Guna taktik kotor terhadap pesaing

Presiden AS di sekitar Disember lalu didakwa menggunakan taktik kotor dari Ukraine ke atas saingannya, Joe Biden.

Malah Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum ini merumuskan pembabitan Russia dalam pilihan raya 2016 sehingga membantu kemenangan usahawan tanah itu sehingga dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 menewaskan Hillary Clinton.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

7 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

8 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

9 hours ago