Kisah Pau Kaya Aunty Ah Siong & Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Buat Netizen Sebak

Sejak semalam nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menjadi perbualan masyarakat.

Namun kali ini bukan membabitkan sebarang kes jenayah sebaliknya kisah Nik Ezanee yang meluangkan masa menziarahi seorang wanita warga emas yang bernama Ah Siong.

Difahamkan Ezanee, di zaman kanak-kanaknya kerap di berikan pau berinti kaya oleh Aunty Ah Siong setiap kali mereka bertemu.

“Aunty Ah Siong… masa kecil-kecil dulu, dia selalu belikan saya pau. Orang tua saya kerja di kawasan ini dan dia bekerja sekali.

Sekarang ni, saya boleh beli pau saya sendiri, saya hantarlah balik kat dia,” kata Ketua Polis Daerah PJ itu menerusi penstriman secara langsung di halaman Facebook rasmi mereka.

Menerusi video tersebut Aunty Ah Siong dilihat terkejut dan menahan sebak sewaktu menerima kunjungan dari Nik Ezanee dan pasukannya

Menurut Ezanee kali terakhir beliau bertemu dengan wanita warga emas yang sudah menginjak 80an itu adalah semasa dia masih di sekolah rendah. Namun dia hanya mengetahui Aunty Ah Siong tinggal di PJ selepas berbual bersama ayahnya pada penghujung minggu lalu.

“Ahad lepas, ayah tiba-tiba ada sebut pasal Aunty Ah Siong. Dan saya pun terfikir sudah lama tak jumpa dia. Ayah beritahu Aunty Ah Siong tinggal di Petaling Jaya.

“Jadi, saya menziarahinya dan kali ini membawa pau sebagai tanda ingatan, dah 30 tahun tak jumpa dia.

Saya bawa juga sekotak topeng muka untuk dia mengamalkan langkah-langkah pencegahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya

Namun satu perkara yang begitu mengejutkan pegawai polis itu ialah warga emas berkenaan masih lagi mengingatinya malah lebih mengejutkan apabila dia sentiasa mengikuti perkembangan dirinya malah menyimpan keratan akhbar mengenainya

“Dia masih ingat saya, dia mengikuti perkembangan tentang saya di media massa, malah turut menyimpan keratan berita mengenai saya.

“Ia benar-benar mengejutkan saya,” katanya.

Kunjungan yang dilakukan Nik Ezanee membuatkan rata-rata netizen terharu, malah ruangan komen pada video tersebut dihujani dengan ucapan terima kasih dan rasa bangga mereka di atas tindakan murni KPD Petaling Jaya menyantuni warga emas itu meskipun berlainan bangsa dan agama.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago