Ibu Tunggal Dengan 6 Anak Berumah Dalam Kereta Kini Dapat Bantuan Zakat Selangor

Baru-baru ini tular di media sosial satu perkongsian oleh aktivis terkenal, Uncle Kentang mengenai nasib malang seorang ibu muda bersama 6 anaknya yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas dihalau tuan rumahnya.

Berusia 30 tahun, ibu tunggal ini bersama 6 anaknya dari lingkungan umur 5 bulan sehinga 14 tahun terpaksa berkampung dan mandi di stesen minyak Rasa, Hulu Selangor selepas di berhentikan kerja sejak Mac 2020 susulan pelaksanaan PKP.

Lebih memeritkan dia yang sedang dalam proses penceraian namun terpaksa ditangguhkan ekoran PKP disyaki menghidapi kanser payu dara. Dia bagaimanapun belum menerima rawatan susulan lagi.

Foto : Uncle Kentang

Malah dua orang anaknya turut menghidap penyakit kronik dimana seorang dari mereka menghadapi masalah jantung berlubang dan sedang menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun manakala anak bongsunya pula  pula menghidapi ketumbuhan di leher .

Perkongsian itu bukan sahaja meraih simpati netizen malahan turut mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Terbaru LZS menerusi satu posting di Facebook memaklumkan yang pihak mereka sudah menghulurkan bantuan dan akan menguruskan keluarga ini.

Semenatara menunggu bantuan lanjut, pihak Zakat sementara ini akan menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan keluarga mereka.

Dalam pada itu keluarga mereka ketika ini difahamkan telah ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung atas inisiatif Badan Bukan Kerajan, Darul Jariyah sementara menunggu bantuan susulan.

Kami doakan keluarga ini dimurahkan rezeki dan di permudahkan urusan.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago