Zarina Zainudin ‘Bahasakan’ Segelintir Artis Baru Belagak Diva, Tak Macam Mira Filzah [Video]

Bergelar seorang senior selepas hampir 30 tahun berada di dalam industri hiburan, pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap sesetengah artis baru yang dilihat besar kepala terhadap krew produksi dan pelakon-pelakon senior

Menerusi YouTube, Zarina mengingatkan barisan pendatang baru dalam dalam dunia hiburan agar lebih menghormati kru belakang tabir serta penggiat seni yang lebih berusia.

Tambanya, mereka juga harus mengubah sikap tidak mahu bercampur dengan orang lain.

“Sebenarnya apabila shooting ni, kita satu family besar, tak boleh sombong-sombong, bawa diri. Jangan nak berlagak duduk dalam kereta dan tak campur orang langsung. Masa makan pun tak nak campur.

“Bukannya kau selamanya di atas. Satu hari nanti kalau kau dekat bawah baru kau nak terhegeh-hegeh dekat orang lain, baru nak tegur-tegur orang. Masa tu orang pun tak layan kau,” katanya.

Ada pelakon nama besar pandai hormat orang iaitu Mira Filzah

Tambahnya mereka seharusnya mencontohi Mira Filzah yang pandai membawa diri malah menghormati pelakon yang lebih berpengalaman.

“Tapi ada pelakon yang pandai hormat orang walaupun nama besar macam Mira Filzah..dia pandai jaga diri, pandai hormat orang, pandai bercampur dengan orang.

“Dengan orang tua-tua dia hormat. Kalau dia tahu ada pelakon lama dia yang akan cari, bukan kita yang cari dia,” katanya.

Zarina turut memuat naik pesanan kepada golongan artis baru yang nama mereka sedang meningkat naik supaya tidak terus kekal sombong sehingga merasakan diri mereka terlalu bagus. Menurutnya mereka harus pandai membawa diri jika mahu terus bertahan dalam industri hiburan.

“Jangan perasanla, kau jangan perasan kau bagus sangat. Kita kena pandai bawa diri..kalau pandai bawa diri, dah jadi nenek pun orang akan panggil lagi untuk berlakon sebab tak banyak perangai dan tak banyak karenah,” katanya

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago