Semua Masjid & Surau Di Selangor Kini Dibenarkan Solat Jumaat

Nampaknya semua rakyat di negeri Selangor yang beragama islam kini boleh kembali mengerajakan solat Jumaat selepas SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau di Selangor dibuka untuk solat Jumaat bermula Jumaat ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenytaaan berkata, Sultan Selangor juga turut berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah.

Meskpin begitu, ia mestinya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

“Sultan Selangor berkenan supaya semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat dengan mengambil maklum perkembangan terbaharu wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kuantiti jemaah perlu mengikut yang ditetapkan

Bagaimanapun Mohamad Munir berkata, bilangan jemaah pada satu-satu masa perlu mengikut jumlah ditetapkan.

Tidak melebih 1000 orang untuk 3 masjid utama dan 500 di masjid lain

Katanya, jemaah solat Jumaat dan solat fardu ditetapkan pada 1,000 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

“Jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu di semua masjid lain ditetapkan maksimum pada 500 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan,” katanya.

Surau pula terhad ke 40 orang

Beliau berkata, jemaah di surau bagi mendirikan solat Jumaat dan solat fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau.

Dalam pada itu katanya, Sultan Sharafuddin turut bertitah agar ibadat korban sempena Hari Raya Aidiladha hanya dilaksanakan di masjid sahaja.

“Bagi surau-surau yang merancang melakukan ibadah korban, boleh melaksanakannya di masjid berdekatan,” katanya.

Semua orang juga perlu SOP termasuk berwuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup muka ketika hadir di masjid dan surau dan mengamalkan penjarakan sosial.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago