Wanita Kongsi Kisah Sedih Suami Maut Kemalangan Sewaktu Pulang Bawa Motor Idaman

Perasan terkejut dan sedih yang dialami seseorang selepas kehilangan orang tersayang adalah terlalu berat apatah lagi kehilangan tersebut berlaku betul-betul di hadapan mata.

Namun semuanya pasti mempunyai asbab dan hikmah yang tersendiri yang tiada siapa pun tahu melainkan Tuhan Yang Maha Esa.

Sejam semalam tular perkongsian seorang wanita yang baru sahaja kehilangan suami tercinta yang maut kemalangan sewaktu pulang membawa motorsikal idamannya yang baru sahaja di beli.

Menerusi Facebook wanita tersebut, Dalila Zolkofli turut berkongsi detik-detik terakhir yang berjaya dirakamnya sebelum kejadian tersebut berlaku.

Begitu mengimpikan sportbike Yamaha R15

Difahamkan arwah suaminya, Faizal Gani begitu mengimpikan motorsikal sportbike Yamaha R15, memandangkan bentuknya yang besar namun tidak begitu laju dan berkuasa tinggi.

Malah arwah turut menjadikan foto model motor tersebut sebagai wallpaper peranti nya membuktikan betapa dia menyukai motorsikal tersebut.

“Dia minat sangat motosikal ni dari sebelum kahwin lagi. Hari-hari tengok gambar motosikal, siap buat wallpaper lagi (selang seli dengan gambar kahwin). Katanya dah lama cari motosikal macamni. Body besar tapi slow. Idaman sangat.

“Dia pernah berkata, “kalau la abang dapat motosikal ni, hidup abang dah sempurna sangat. Semua cukup. Dengan ada rumah selesa, isteri baik dan cantik tambah motosikal baru senang pergi kerja. Abang tak perlu apa-apa dah lepas ni.

“Tapi masih teragak-agak. Perlu ke tak eh abang beli motosikal ni? Tapi ni keperluan ni sebab motosikal lama dah rosak, bahaya ulang alik kerja. 

“Oklah macamni, kalau penjual tu letak harga sekian, kira ni rezeki abang, abang ambik terus. Kalau tak dapat harga ni, abang tak payah beli lah. Dia tanya dan jawab sendiri. Kita dengar je hehe.

Seller confirm harga, Jumaat 10 Julai akan ambil motor

Alhamdulillah benda dah tertulis, hari Selasa penjual ni confirm harga. Jadi motosikal ni rezeki dia. Tapi orang tu cakap boleh ambik hari Jumaat.

“Sejak haritu, Jumaat berapa hari lagi eh sayang? Harini hari apa? Jumaat dua hari lagi kan? Satu dua…Ok Jumaat dua hari lagi. Esok Jumaat kan, abang dah ambik cuti ni urus motosikal.

“Tak berenti cakap pasal Jumaat. Teruja sangat dia. Aku pun selalu usik cecececece motosikal baru. Seronok tengok dia senyum sampai telinga. Hee.

Happy dapat motor, konvoi pulang ke rumah

“Masa ni aku tau dia happy gila. Mesti renyih tak berhenti tu. Tak sabar nak sampai rumah nak usik dia. Harap kat bawah helmet tu, dia ada la pandangan sepintas lalu sikit ke sini ye, sebab ni kali terakhir bertentangan mata dengan dia “

Selesai urusan megambil motor tersebut mereka kemudian pulang ke rumah dengan si suami menunggang motorsikal barunya sambil Dalila memandu mengikuti dari belakang .

Terdetik perasan risau tiba-tiba

“Memang aku ikut rapat je. Aku risau. Taktau kenapa nak risau padahal bukan kali pertama dia bawak motosikal. Tapi entahlah. Alang-alang tu record la dia dari belakang sebab perlahan sangat bawa.

“Serius sampai ada terdetik, kalau aku bawa kereta betul-betul belakang dia selamat sikit sebab boleh jaga jarak dia dengan kereta lain. Haa sampai macamtu punya over thinking. 

Dia memang bawa perlahan

“Aku menyaksikan yang dia memang betul-betul bawa perlahan. And ini adalah video terakhir sebelum kitorang masuk jalan yang sibuk. Jadi kereta agak perlahan. 

Namun kelibat suaminya hilang dari pandangan selepas jalan yang dilalui mereka sedikit sesak. Keadaan normal hanya bertahan seketika sebelum jalan tiba-tiba menjadi sesak . Tidak sampai 2 min apa yang ditakuti wanita ini akhirnya menjadi kenyataan..

Nampak orang angkat motorsikal

“Sebelum kitorang masuk ke jalan yang sibuk, pergerakan kereta menjadi perlahan Jadi motosikal menyelit ke depan. Tiba-tiba kereta dari perlahan terus sesak. Kurang dari 2 minit saya nampak orang angkat motosikal. Allahu ni macam motosikal dia, minta-minta orang lain.

“Gugur jantung. Lemah kaki bila nampak dia terbaring atas jalan. Park kereta, terus lari sekuat hati tengah jalan sambil meraung. Macam drama.

Sabar puan. Istighfar banyak-banyak. Bagitau keluarga lain, bagitau mak dia. Puan kena ajar dia mengucap ni. Puan bisik nama Allah kat telinga dia.

“Puan ada kain apa-apa tak, pendarahan banyak ni. Compress dulu sementara tunggu ambulan. Puan saya dari insuran..Puan saya pemilik kereta yang langgar dia..Perkataan ‘puan’ dan ‘puan’ tanpa henti. Saya tak mampu bernafas,

Meskipun semuanya berlaku dalam sekelip mata, Dalila tetap reda dengan ketentuan Ilahi. Tambahnya dia yang baru 2 tahun bergelar isteri kepada arwah Faizal sudah merasakan begitu sekali apatah lagi perasaan ibu mertuanya yang selama ini mengandung, melahirkan dan membesarkan arwah suaminya.

Namun begitu dia agak terkilan dengan sikap pemandu kereta yang telah melanggar suaminya yang langsung tidak memohon maaf sebaliknya hanya menghantar ‘sticker’ surah Al fatihah dan ucapan ‘semoga dipermudahkan segala urusan’

“Terlalu cepat. Selepas 24 jam, aku kena terima kenyataan yang dia dah tiada. Setakat ni sahaja jodoh kami. Semoga kembali berjodoh di syurga.

“Mungkin ada kehidupan yang lebih baik di sana, dengan anak-anak yang kita tak sempat miliki kat dunia ni. Mungkin.

“Tiada ada perkataan yang boleh ungkap. Saya terlampau rindukan dia. Sangat. Rindu yang tiada penghujung. Allah.

“Sementara itu, pemilik kereta yang langgar dia. Terima kasih kerana tanya. Tapi balas dengan sticker ja!??Sedikit pun tiada maaf? Aku hilang hidup aku kot,” luah Dalila.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

46 mins ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

54 mins ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

3 hours ago