TikTok Bakal Diharamkan Di Amerika Syarikat

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump difahamkan mahu mengharamkan aplikasi terkenal China, TikTok di Amerika Syarikat (AS) .

Bukan itu sahaja pemimpin no 1 AS itu mahukan ianya dilaksanakan secepat mungkin menerusi dua pilihan sama ada dengan kuasa kecemasan ekonomi ataupun perintah eksekutif.

“Sejauh mana kita bimbangkan mengenai TikTok, kami mengharamkannya dari Amerika Syarikat,” katanya kepada wartawan ketika berada dalam Air Force One pada Jumaat.

Media di AS sebelum ini menjangkakan dia akan mengarahkan operasi aplikasi itu di AS supaya dilupuskan dari syarikat gergasi China, ByteDance Ltd namun sebaliknya berlaku.

Keputusan ini diputuskan Trump selepas penilaian Jawatankuasa Pelaburan Asing (CFIUS) di Amerika Syarikat, yang bertanggungjawab mengenal pasti sebarang usaha atau kesepakatan yang mampu menganggu gugat keselamatan negara itu tidak sampai beberapa jam berita mengenai usaha Microsoft untuk membeli TikTok dari ByteDance heboh diperkatakan di sana.

Isu mengenai TIkTok kerap dibangkitkan kerajaan pimpinan Trump dimana mereka mendakwa platform video popular aplikasi itu digunakan Beijing untuk tujuan jahat tetapi dinafikan pihak syarikat yang menolak sebarang kaitan dengan kerajaan China.

Dalam masa sama, pengendali Tiktok yang dihubungi media enggan mengulas lanjut sebaliknya lebih bercerita mengenai kejayaan berterusan TikTok.

“Ratusan juta orang melayari TikTok untuk hiburan dan hubungan, termasuk komuniti pencipta dan artis kami yang mencari rezeki menggunakan platform ini.”

Syarikat itu pada minggu ini menjanjikan tahap ketelusan yang tinggi, termasuk membenarkan tinjauan algoritma untuk jaminan pengguna dan pengawal selia.

CEO TikTok, Kevin Mayer dilapor berkata, mereka tidak berpolitik, bahkan tidak membenarkan iklan berunsur politik atau menyimpan apa-apa agenda.

“Objektif utama kami adalah kekal jadi platform bersemangat, dinamik untuk semua orang berhibur. Sebaliknya TikTok menjadi sasaran terbaharu, tetapi kami bukannya musuh,” katanya.

Sebagai rekod TikTok sebelum ini berjaya menembusi pasaran AS dengan jayanya selepas membeli aplikasi musically (musical.ly) aplikasi paling popular di China sekaligus menukar jenama musically di sana kepada Tiktok

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago