fbpx
Now Reading
Kluster Sivagangga : Pemilik Bukan Hanya Langgar Arahan, Malah Kedai Tak Rekod Butiran Pelanggan

Kluster Sivagangga : Pemilik Bukan Hanya Langgar Arahan, Malah Kedai Tak Rekod Butiran Pelanggan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya kluster Sivagangga di Kedah semakin menibulkan kerisauan orang ramai apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pemiliknya bukan hanya mengingkari arahan kuarantin, malahan kedainya tidak mematuhi SOP dengan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera serta gagal merekodkan kehadiran pelanggan.

Bukan itu sahaja mereka juga tidak menyukat suhu badan pelanggan yang telah berkunjung ke premis berkenaan.

Perkara ini jelasnya akan memberikan cabaran kepada petugas di Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri dalam menjalankan sepenuhnya aktiviti pengesanan kontak rapat.

 Tambah Dr Noor Hisham, sehingga jam 12 tengah hari, sebanyak 425 orang sudah pun berjaya disaring.

Kedai Nasi Kandar yang menjadi punca merebaknya Covid19 di Napoh, Jitra.

“Daripada jumlah ini, 21 kes dikesan positif Covid-19, 362 negatif dan 42 masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

“Selain Kluster ini, terdapat juga kluster-kluster aktif lain yang didapati berpunca daripada kes import yang tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang dilaksanakan dari 10 Jun hingga 23 Julai lalu.

“Kluster-kluster itu ialah Kluster Elsa, Kluster PUI Novgorod, Kluster PUI Pitakwa, Kluster PUI Melbourne, Kluster PUI Ramnad, Kluster PUI Al Khobar dan Kluster PUI Shirala,” katanya.

Dalam pada itu kluster tersebut hari ini telah merekodkan satu lagi kes baharu iaitu kes ke 9000 dimana pesakit merupakan pelanggan tetap kedai makan itu.

“Dia sudah menjalani saringan Covid-19 kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 27 Julai lalu dan keputusan saringan Rapid Test Kit Antibody didapati negatif. Namun, pada 31 Julai dia mula mengalami gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan terdekat untuk rawatan segera.

“Hanya satu hari kemudiannya, iaitu selepas pembabitan dalam aktiviti-aktiviti semasa Hari Raya Aidiladha, kes memaklumkan bahawa dia adalah kontak rapat kepada kes indeks. Susulan itu, saringan dijalankan dengan menggunakan ujian RT-PCR dan kes didapati positif Covid-19,” katanya.

Susulan dari penularan ini juga, lima buah sekolah di kawasan berhampiran juga terpaksa di tutup serta merta sehingga 29 Ogos depan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.