Anak Dikecam Hebat Main TikTok Dalam Kelas, Ini Respon Azhar Sulaiman

Baru-baru ini Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi dikecam netizen kerana merakam video Tiktok nya didalam kelas sebuah IPT.

Bermula dari satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter, topik tersebut kemudiannya melarat sehingga tersenarai sebagai perkara trending di aplikasi Twitter

Hanya merakam di waktu lapang

Leona bagaimanapun tidak berdiam diri, dia kemudiannya tampil mempertahankan dirinya menjelaskan keadaan sebenarnya dimana dia hanya melakukan rakaman sewaktu masa lapang .

“Semua video TikTok yang anda tonton dibuat ketika masa lapang, atau pada sebelum atau selepas pengajian.

“Kenapa saya nak bermain TikTok jika ianya membuat rakan kelas dan guru tidak selesa . Mereka sememangnya tidak kisah malah kebiasaannya akan turut menyertainya,” jelasnya

Namun Leona tidak keseorangan, di sebalik kecaman tersebut ramai yang turut menyokongnya dan merasakan tidak sewajarnya dia dilayan sebegitu rupa. Malah ramai yang turut berpendapat mereka yang mengecam sebenarnya cemburu pada gadis tersebut.

Namun nama Leona semakin panas apabila didakwa memuat naik foto menunjukkan isyarat tangan lucah. Ini mengakibatkan dia lagi teruk dikecam.

Azhar tampil mohon maaf

Perkara ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Azhar Sulaiman. Bertindak sebagai seorang ayah, aktor dan arkitek berjaya itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Jelasnya dia berharap anak gadis nya itu mampu mencontohinya dengan menjaga penampilan dan tingkah laku sewaktu di khalayak ramai.

“Salam Semua….. Dengar cerita kat Twitter harini sibuk betul (cerita) pasal my dotter Leona sampai nama Azhar Sulaiman kena petik.

“Komen Mami. How I wish my dotter Leona is like me…..Play safe sokmo dengan public!” tulisnya sebagai kapsyen.

Dia turut memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang terguris hati dengan Leona.

“Apapun kepada semua yang terguris hati dgn perangai anak saya ni…. Mami dengan rendah hati mohon maaflah dengan you uollss semua ok…Peace K!,” tulisnya sebagai kapsyen

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago