Selepas RX-Z RM70,000, Kini 125zr Pula Di Jual Dengan Harga RM 85,000

Buat mat motor atau peminat motosikal dua lejang pasti tahu motorsikal seperti RX-Z ,125zr YPVS, RD dan sebagainya masih mempunyai harga walaupun sudah agak lama berada di dalam pasaran.

Namun siapa yang menyangka harganya mampu melonjak tinggi setanding harga kereta import dan melebihi harga sebuah kereta paling popular di Malaysia iaitu Perodua Myvi.

Jika sebelum ini kita pernah terdengar motor RX-Z diual dengan harga RM 70,000 kini sebuah Yamaha 125zr edisi Go! pula di jual dengan harga RM 85,000.

Yang menariknya motosikal edisi khas Valentino Rossi keluaran khas tahun 2013 untuk pasaran tempatan tersebut di jual kepada pembeli yang merupakan peminat dunia permotoran dari Vietnam.

Mohamad Azehar Mat Siam, pemilik asal motosikal ini sejujurnya terkejut apabila ada pihak yang sanggup membeli jentera tersebut dengan harga yang begitu tinggi.

Apatah lagi tujuan sebenar jurutera itu meletakkan harga setinggi itu adalah supaya lelaki dari Vietnam yang dikenali sebagai Chuong tidak membelinya.

Namun minat mengatasi segalanya, Chuong terus bersetuju lantas meletakkan deposit sebanyak RM 30,000 ke akaun miliknya sebelum membayar baki wang tersebut sewaktu mengambilnya.

“Saya sengaja meletakkan harga RM85,000 supaya Chuong tidak membelinya, namun tidak sangka dia terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000 petang semalam.

“Pagi tadi, dia datang ke rumah untuk melihat motosikal itu dan terus bersetuju membelinya, serta membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000.

Malah menurutnya Chuong turut membeli beberapa alat ganti Yamaha 125zr Go! original yang terdiri daripada tayar dan cover set keluaran khas model ini bernilai RM5,000.

“Malah, Chuong turut membeli beberapa alat ganti motosikal Yamaha 125zr Go! original yang saya simpan seperti tayar dan ‘cover set’ keluaran khas model itu dengan harga RM5,000,” katanya ketika Harian Metro.

Motor berkenaan difahamkan dibeli oleh ayahnya memandangan dia begitu meminati jaguh dunia dalam sukan lumba motosikal bitu.

Satu yang anda semua harus tahu, antara faktor utama kenapa jentera ini boleh dijuagl dengan begitu ialah kondisininya yang tidak pernah digunakan selain tidak pernah didaftarkan.

“Motosikal itu dibeli dengan harga RM6,617.76 dan saya tidak pernah menunggangnya, malah tidak didaftarkan.

“Sayang nak guna motosikal itu, jadi selama 17 tahun ini, motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

15 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

16 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

17 hours ago