fbpx
Now Reading
Terkena Sejadah Punca Seorang Jemaah Di Tampar & Tendang Di Masjid

Terkena Sejadah Punca Seorang Jemaah Di Tampar & Tendang Di Masjid

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi tular satu video dari kamera litar tertutup sebuah masjid yang memperlihatkan aksi tampar dan tendang yang dilakukan seorang jemaah terhadap jemaah yang lainnya.

Menerusi video tersebut jelas kelihatan individu berkenaan menggunakan kekerasan terhadap mangsa yang langsung tidak membalas sedangkan beberapa kali dikasari individu terbabit.

Video berdurasi kurang dari seminit menimbulkan tanda tanya netizen tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Meskipun ramai merasakan ianya tidak wajar berlaku apatah lagi di dalam rumah ibadat namun segelintir netizen masih mampu bersangka baik kerana belum mengetahui apa kisah yang terjadi sebenarnya.

Berlaku di Jempol & suspek sudah dipanggil

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, insiden berkenaan dilaporkan berlaku di Masjid Felda Palong Tujuh, Jempol pada 24 Ogos lalu di jam sekitar 8:50 malam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan lelaki berusia 60 tahun yang mengasari mangsa sudahpun dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hanya kerana sejadah terkena belakang suspek

Menurut beliau kejadian berpunca apabila mangsa yang berusia 62 tahun yang sedang membawa sejadah tanpa sengaja telah terkena belakang badan suspek.

Suspek yang berang lantas bangun dan terus mengasari mangsa yang dua tahun lebih tua darinya.

“Ia menimbulkan kemarahan suspek sebelum bangun dan terus menampar serta menendang muka mangsa.

Suspek cuba mohon maaf tapi ditolak keluarga mangsa

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai seorang yang panas baran dan sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jemaah masjid dan masyarakat setempat.

“Selepas kejadian suspek pergi ke rumah mangsa dan memohon maaf selain mahu menyelesaikan isu dengan cara baik, tetapi ditolak keluarga mangsa,” jelas beliau dalam satu kenyataan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.