Hidayah Milik Allah, Dulu Tokan Dadah Kini Seorang Imam Surau

Siapa sangka pengalaman menjalani hukuman selama tiga tahun di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang berjaya mengubah bekas tokan dadah sehingga kini bergelar seorang imam.

Buat Nor Effendi Abd Rahim, 33, pengalaman yang dilalui cukup menginsafkan sehingga dia nekad untuk mengubah dirinya menjadi manusia yang lebih baik sebaik sahaja tamat tempoh hukuman

Memetik laporan Bernama, Effendi pada asalnya dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta 10 sebatan atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu. Dia kemudiannya diberikan kan parol selama setahun, sebelum akhirnya dibebaskan tahun lepas.

Hampir habis baca tafsir Al-Quran dalam 3 tahun

“Berada di dalam penjara banyak memberi kesedaran menerusi program keagamaan seperti ceramah oleh ustaz, membuatkan saya mula mendekatkan diri dengan Allah. Sebelum ini solat tidak cukup waktu tetapi kini saya berubah, solat dah cukup, mula mengaji al-Quran dan hampir habis baca tafsir al-Quran dalam tempoh tiga tahun itu.

Jelasnya dia terdetik untuk berubah selepas menghubungi keluarga di kampung dan kemudiannya mendapat mereka ketiadaan wang untuk makan sedangkan dia didalam penjara masih disediakan segalanya.

Foto sekadar Hiasan

“Detik yang membuatkan saya terus insaf adalah apabila telefon kepada isteri, anak-anak, ibu serta ayah, mereka beritahu tidak ada duit nak makan, sedangkan saya berada di dalam penjara dapat makan seperti biasa.

” Saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dengan diberi parol supaya dapat balik untuk bersama ahli keluarga seterusnya bantu mereka,” katanya kepada media di program santai bersama Orang Diparol (ODP) Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi di kediamannya di Kampung Dato’ Syed Nahar yang turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar pada Jumaat.

Lebih mengejutkan menurut Nor Effendi apabila dia diberi kepercayaan untuk menjadi imam, sedang tidak baru sahaja seminggu pulang ke kampung halaman. Semuanya selepas dia memberanikan diri mengalunkan azan di surau tersebut

“Tujuh hari selepas saya balik semula ke kampung, saya memberanikan diri mengalunkan azan di surau, sebelum diminta menjadi imam dan berterusan sehinggalah ke hari ini.

Kini sudah setahun bergelar Imam surau

Foto sekadar hiasan

“Majlis Pengurusan Komuniti Kampung mahu membuka semula surau itu, tetapi tidak ada imam. Mereka kemudian tawarkan kepada saya, dengan ilmu yang diperolehi semasa menjalani hukuman penjara saya galas tanggungjawab itu. Alhamdulillah sudah lebih setahun amanah ini dijaga,” katanya. 

Selain menjadi Imam di surau tersebut, beliau yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) turut menjalankan perniagaan roti canai di Pasar Awam Kuah demi menampung kehidupannya bersama isteri dan anak-anak .

“Isteri, anak-anak serta ibu bapa sentiasa menyokong saya untuk berubah dan buang perangai lama. Sekarang selepas selesai berniaga, saya habiskan masa bersama ahli keluarga dan hanya duduk di surau. Saya elakkan untuk lepak di kedai atau bercampur gaul dengan rakan-rakan lama.

“Berkenaan dengan penerimaan masyarakat, saya akui pada awal mereka sukar terima seorang bekas pengedar dadah berada dalam kalangan mereka, namun berubah perlahan-lahan apabila melihat kepada perubahan saya, masyarakat sudah boleh terima,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago