Awal Dedah Scha Ada Perangai Pelik Masa Mengandung Anak Kedua?

Peminat pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari pasti mengetahui yang Scha kini sedang hamil 4 bulan selepas berita gembira tersebut dikongsikan Aktor berkenaan pada awal Ogos lalu

Simptom berbeza semasa kandungkan Lara

Terbaru menerusi laporan BH, Awal memberitahu Scha kini mempunyai perangai pelik seperti rimas dengan sosial media sehingga pernah terdetik untuk menyahaktifkan akaun Instagram miliknya sendiri.

Scha sewaktu mengandungkan Lara

“Ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh berjalan-jalan apabila mencapai usia kandungan lebih tiga bulan.

“Tapi, kali ini dia sering lenguh badan dan muntah. Simptom mengandungkan anak kedua memang berbeza keadaannya.”

Foto : IG Awal Ashaari

Rimas dengan media sosial

“Scha sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan. Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari.

“Sebelum ini, Scha pernah melahirkan hasrat untuk ‘detoks’ daripada media sosial. Pernah sampai satu tahap, Scha mahu memadam akaunnya, tetapi saya menghalangnya dan meminta membantu menguruskan media sosialnya itu,” katanya kepada portal BH

Tidak gemar bunyi bising

Tambahnya lagi, pelakon drama bersiri Awan Dania ini tidak gemar bunyi bising sehingga cahaya skrin telefon juga tidak boleh dilihatnya.

“Apabila pulang ke rumah, saya terus ‘silent’ telefon bimbit saya kerana tidak mahu menganggu Scha kerana sangat sensitif.”

“Jika kami sekeluarga menonton televisyen, Scha akan ‘mute’ suara televisyen. Awalnya, saya agak terkejut dan kekok apabila menonton program tanpa suara. Namun, lama-kelamaan saya lali dan layan sahaja kehendaknya itu.” pengalaman yang dicerita sendiri oleh pengacara Melodi ini.

Apa-apa pun, belum terlambat untuk kami ucapkan tahniah buat Scha dan Awal yang bakal menimang cahaya mata yang kedua. Semoga Scha sentiasa dalam keadaan yang sihat dan bayi didalam kandungannya juga sihat.

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

58 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

5 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago