Balas Jasa, Zoey Rahman Hadiahkan Kondo 500K Untuk Ibu Bapa

Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman baru-baru ini telah membuat kejutan terhadap ibu-bapanya apabila menghadiahkan mereka sebuah rumah jenis kondominium bernilai RM500,000 yang difahamkan terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Kejutan berkenaan dilakukan sewaktu pelancaran produk kosmetik dan kecantikan miliknya, Mikaseries For Superstar di Magica, Quill City Mall pada jumaat lalu,

Foto :Murai.my

Semua kejayaan adalah restu dan doa ibu-bapanya

Jelas Zoey, semua kejayaan dalam yang dicapai dalam hidupnya adalah kerana restu dan doa ibu bapanya.

“Saya percaya rezeki yang saya kecapi adalah keberkatan doa ibu dan bapa. Jadi, saya mahu membalas jasa dan pengorbanan mereka yang menyokong serta menyayangi saya tanpa berbelah bahagi.

“Ibu bapa saya tidak tahu pun mengenai kejutan ini. Mereka datang ke Kuala Lumpur dari Terengganu pun semata-mata ingin memberikan sokongan untuk pelancaran produk saya.

Foto : Gempak

Pendengar setia & sentiasa membimbing Zoey

“Selama ini, mereka menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah, sering membimbing saya dan mengingatkan saya supaya menjaga solat.

Sejujurnya, saya percaya berkat doa ibu bapa membuatkan saya sampai ke tahap ini. Sudah beberapa tahun perniagaan ini berjalan lancar dan kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya.

Bercerita mengenai produknya, Mikaseries, Zoey difahamkan telahpun memulakan perniagaan berasaskan produk kosmetik dan pakaian ini sejak 5 tahun yang lalu.

Namun tahun 2020 lebih memberikan peluang buatnya untuk meluaskan perniagaan apabila dia dijemput berkolaborasi bersama Shopee menerusi Skuad Selebriti Shopee dimana produknya merupakan antara 10 terbaik dalam kategori kesihatan dan kecantikan di Skuad Selebriti Shopee

Recent Posts

  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

17 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago