Selepas 14 ‘ Hero’, Pasangan Ini Akhirnya Dikurniakan Seorang Anak Perempuan

Bagi yang mengimpikan cahaya mata perempuan, jangan pernah berputus asa seperti pasangan Schwandt yang berasal dari Lakeview, Michigan ini.

Pasangan ini dikatakan setelah sekian lama mengimpikan seorang bayi perempuan dalam keluarga mereka, namun tidak menyangka satu keajaiban berlaku apabila baru-baru ini si isteri melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.4kg di salah sebuah hospital di Grand Rapids, Michigan.

Kredit: Liputan6.com

Pasangan ini tidak menyangka akan mendapat anak perempuan walaupun mereka telah dikurniakan seramai 14 anak lelaki dalam keluarganya. Namun begitu, mereka tetap menyambut si kecil dengan penuh rasa gembira.

Menurut laporan, ibu kepada bayi tersebut, Kateri Schwandt yang berusia 45 tahun itu telah menamakan anak perempuan pertamanya sebagai Maggie Jayne.

Kredit: jethros4u.com

“Kami sangat gembira dan teruja sekali untuk menambah Maggi Jayne ke dalam keluarga kami.

“Tahun ini adalah tahun yang tidak dapat dilupakan dengan banyak cara, kerana banyak alasan, tapi Maggie merupakan hadiah yang paling bermakna yang tidak dapat kami bayangkan,” kata Jay dalam Detroit Free Press.

Di samping itu, menurut petikan dari Mail Online mengatakan pasangan ini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata lelaki sebelum mereka menamatkan pengajian di kolej lagi. Pasangan ini dikatakan bertemu ketika menghadiri perpisahan sekolah menengah dan berkahwin pada tahun 1993, sebelum mereka pergi ke universiti bersama.

Kredit: jethros4u.com

“Ibu bapa saya akhirnya diberkati dengan si kecil perempuan yag tidak menyangka bahawa mereka akan dikurniakan,” kata Tyler dalam Free Press.

Tyler Schcwandt yang berusia 28 tahun itu merupakan anak sulung dalam keluarganya. Ibu bapanya yang juga berusia 45 tahun itu menjalankan sebuah rancangan realiti TV bersama anak-anaknya yang digelar ’14 Outdoorsmen’.

Mungkin nama rancangan tersebut perlu dikemaskini selepas Maggie menyertai Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco, Finley dan Tyler ke dalam keluarga berkenaan.

Dalam pada itu, ayah kepada Kateri Schwandt turut berkongsikan kisah mengenai seorang ketua orang asli Amerika yang dikurniakan ramai anak lelaki mempercayai bahawa anaknya yang terakhir adalah perempuan. Apabila anak itu lelaki, ketua tersebut menamakan anaknya sebagai Sheboygan iaitu perempuan tetapi lelaki semula.

Kredit: Today’s Parent

Hal itu membuatkan pasangan tersebut menamakan anak lelaki bongsunya, Finley Sheboygan yang dilahirkan pada bulan April 2018. Ini menjadikan nama tengah anaknya kelihatan sedikit melucukan.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

9 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

11 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

11 hours ago