Sebuah lori penghantaran yang membawa muatan berupa barangan elektronik dari syarikat Apple telah dicuri di simpang keluar sebuah lebuhraya di Northamptonshire, England pada selasa 10 November lalu.
Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam waktu tempatan itu, selain pemandu lori, seorang pengawal keselamatan yang turut mengikut konvoi membawa barangan bernilai £5 juta (RM24.38 juta) itu turut diikat.
Penjenyah kemudian membawa lori tersebut bersama kedua-dua mangsa ke sebuah kawasan perindustrian di Crick.
Disana penjenayah berkenaan kemudian mengalihkan kesemua barangan Apple yang terdapat di dalam lori ke sebuah treler yang sudah sedia menanti.
Mereka kemudian bertindak meninggalkan lori dan kedua mangsa yang masih diikat disana sebelum kedua mangsa berserta lori berkenaan berjaya ditemui.
Pengangkutan yang digunakan oleh penjenayah berkenaan itu pula kemudiannya dijumpai di Lutterworth, Warwickshire, 17 KM dari jarak mereka meninggalkan mangsa.
Jelas semua ini dilihat terancang apabila mereka sekali lagi berjaya mengalihkan barangan tersebut ke sebuah lagi lori pengangkutan yang berbeza bagi mengelakkan dikesan.
Malah mereka dengan begitu mudah dapat mengalihkan 48 pallets kotak besar yang membawa barangan seperti iPhone, iPad dan Apple Watch.
Polis Northamptonshire dalam satu kenyataan berkata, pegawai mereka mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil membantu siasatan.
“Mereka juga mahu bercakap dengan mana-mana individu yang ada ditawarkan produk Apple pada harga murah atau dalam keadaan mencurigakan,” ujar polis lagi
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…