Setelah 6 Tahun Meninggal Dunia, Linda Rafar Sebak Temui Diari Arwah Anaknya

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya perasaan kehilangan orang yang kita sayangi. Sekuat mana pun kita, pasti akan tumpas juga lagi-lagi pabila teringat memori bersama mereka atau terjumpa barangan milik mereka.

Perkara sama turut dirasakan penyanyi dan pelakon, Linda Rafar yang nyata sebak selepas menemui diari milik arwah anaknya, Rezaimen Keiflin Keifli yang meninggal dunia akibat penyakit kanser pada tahun 2014.

Lebih mengundang sebak apabila Linda memaklumkan dia baru sahaja menjumpai diari tersebut selepas 6 tahun pemergian anak sulungnya itu.

Kredit: Instagram/ @lindarafar

“Allahuakbar!!! after 6 years Memen tinggalkan Ma.. Ma terjumpa balik diary yang Memen tulis.. ada nama adik beradik, ada cerita-cerita yang tersurat dan tersirat.. segala luahan rasa hati Memen semua ada dalam diary ini.

“Mama sebak sangat.. tak tahu nak cakap macam mana Men.. cuma macam ada sesuatu yang Ma rasa Men nak Ma sampaikan pada semua followers Mama di sini,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.

Kredit: Instagram/ @lindarafar

Tambahnya, Linda yang turut mengatakan akan berkongsikan isi kandungan diari tersebut dan bertanya kepada followers jika mereka juga mempunyai pengalaman yang sama sepertinya.

“Nanti Linda akan share apa yang ada dalam diary ini.. tapi sebelum Linda cerita.. Linda nak tahu ada followers Linda kehilangan orang yang dicintai dah terjumpa barang-barang peninggalan arwah?? Boleh share tak apa yang korang semua rasa masa terjumpa?? Please share,” tulisnya lagi.

Rata-rata ramai yang berkongsikan pengalaman mereka dengan meninggalkan komen di ruangan komen tersebut.

Kredit: Instagram/ @lindarafar
Kredit: Instagram/ @lindarafar

Kami mendoakan agar Linda dan keluarga sentiasa tabah dan terus kuat bagi menjalani hari-hari akan datang meskipun hati ini masih terasa kehilangannya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago