Wanita Asal Malaysia Kini Jadi Datuk Bandar Eastvale, California

Tiada siapa menduga, seorang wanita berumur 25 tahun yang mempunyai susur galur dari Malaysia berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik menjadi Datuk Bandar Easvtale, sebuah bandar yang terletak di California, Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, Jocelyn Yow juga mencipta sejarah selepas dilantik sebagai datuk bandar termuda dalam sejarah California dan pertama yang berdarah kacukan Asia- Amerika.

Jocelyn Yow, telah secara rasmi dilantik sebagai Datuk Bandar Eastbale pada 10 Disember lalu bersama barisanan pemimpin yang terbaru bagi Bandar tersebut.

Sudah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale sejak 2018

Namun pelantikannya bukanlah sebarangan sebaliknya ibu kepada seorang anak ini sebelum ini sudahpun menabur bakti dan berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018.

Malah dia juga sudah hampir setahun menyandang jawatan sebagai Datuk Bandar sementara di sana.

Merupakan wanita kacukan Malaysia -Vietnam – Amerika

Jocelyn secara ringkasnya merupakan wanita kacukan Malaysia-Vietnam-Amerika dimana ayahnya adalah seorang rakyat Malaysia yang berpindah ke AS pada 1980an untuk menyambung pelajaran manakala ibunya merupakan warga Vietnam yang sudah lama bermigrasi ke sana.

Foto :Via TRP

Namun pada tahun 1996, Jocelyn dan keluarganya telah pulang ke Alor Setar,Kedah selepas datuk dari belah ayahnya disahkan menghidap kanser. Dia kemudian menetap di sana lebih dari 10 tahun sebelum pulang ke Amerika Syarikat.

Menurut laporan Malaysiakini Jocelyn juga merupakan bekas pelajar SMJK Keat Hwa, Alor Setar.

Foto keluarga Jocely sewaktu menetap di Malaysia via TRP

“Saya bangga menjadi seorang warga AS berdarah Malaysia, Vietnam dan Cina.

“Sangat penting untuk kita mengambil kira pandangan golongan wanita muda dan golongan ibu ketika membuat sesuatu keputusan penting yang memberi kesan pada keluarga.

“Kini dengan saya menjadi wanita dan ibu termuda untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar di negeri California, saya berharap lebih ramai wanita dan ibu-ibu lain akan mengikut jejak langkah ini,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Instagram.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

16 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

17 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

18 hours ago