Lelaki Ini Sanggup Bedah Muka Lebih 32 Kali Sebab Nak Jadi Elf

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Korang percaya tak bahawa ada sesetengah individu sanggup berbuat apa sahaja demi minatnya terhadap sesuatu perkara.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang berasal dari Argentina ini dikatakan sanggup menukar wajahnya seperti makhluk ‘elf’ dalam filem The Lord of the Rings.

Kredit: Instagram/ @luispardon.elf

Luis Pardon yang berusia 29 tahun ini mengakui bahawa dirinya sudah menjalani sebanyak 32 prosedur pembedahan kosmetik untuk menjadi makhluk elf yang sebenar dan merancang untuk menambahkannya lagi.

Dia yang juga merupakan seorang publisiti ini mendedahkan bahawa segala pembedahan yang dia lakukan adalah secara percuma memandangkan dia adalah model pembedahan plastik.

Difahamkan, pembedahan tersebut dianggarkan sekitar $100,000 (£75,000) iaitu sebanyak RM406,050.

Menurutnya, terdapat satu pembedahan yang memerlukan rahangnya untuk patah sebanyak 5 kali dan dicantukan menggunakan titanium. Malah, dia juga perlu melakukan laser skin bleaching sekali.

Kredit: Instagram/ @luispardon.elf

Dia yang sudah melakukan perubahan ketara di bahagian muka, hidung, leher dan lain-lain lagi. Bahkan dia juga sudah menukar warna matanya sebanyak 6 kali.

Menurut Daily Star, Luis sudah memasang angan-angan untuk kelihatan seperti elf sejak dari waktu kecil lagi.

“Sejak saya kecil, saya hanya mampu berfantasi sebagai salah satu cara untuk berdepan dengan realiti yang sukar.

“Saya peminat filem seperti Labyrinth dan Neverending Story dan juga suka buku mengenai lagenda, mitologi dan lain-lain.

“Saya hanya mahu kelihatan seperti semua perkara yang membuatkan saya gembira.

Kredit: Instagram/ @luispardon.elf

“Ia bermula dari mewarnakan rambut dengan warna yang terang, kemudian kanta lekap yang besar serta mekap… Tapi saya mahukan lebih lagi. Banyak benda meningkat kepada apa saya hari ini,” katanya.

Katanya lagi, pembedahan pertama yang dilakukan adalah di bahagian hidungnya dan dia mengatakan bahawa ianya adalah hadiah hari jadi buat dirinya. Sejak daripada itu, ia menjadi satu tradisi kepadanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago