Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !
Sejak semalam tular video satu video yang memperlihatkan seorang kanak-kanak 5 tahun yang positif Covid-19 dijemput menaiki ambulans berseorangan untuk di bawa ke pusat kuarantin di HKL.
Video berkenan mengundang perhatian ramai kerana adik tersebut yang bernama Saffiya begitu tabah dan berani malah langsung tidak menangis sewaktu mengucap selamat tinggal kepada ibunya, Ira Hazwani walhal dia bakal berseorangan menaiki ambulans sebelum dapat bertemu bapanya yang sebelum itu sudahpun dirawat di pusat kuarantin.
Terbaru menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita, Hariyati Ariffin yang dipercayai nenek kepada Saffiya memaklumkan yang anak kecil itu sudahpun bertemu dengan ayahnya yang juya menantu kepada Hariyati, Muhamad Ifwan Hariyati Ariffin di pusat kuarantin.
“Akhirnya Saffiya di temukan dengan ayahnya Muhamad Ifwan yg juga positive covid 19 di HKL.
“Menantu saya dipindahkan dari pusat kuarantin di MAEPS Serdang ke HKL untuk bersama2 anak sulungnya Saffiya. Pertemuan yag sangat menyayat hati tapi membahagiakan dua beranak ni dirakam menantu saya dan diberi pada kami dlm group keluarga” kata Hariyati/
“Teringat kata2 Saffiya pada mamanya Ira Hazwani, dia cakap ‘kakak tak takut pergi sorang2 naik ambulance sebab kakak nak jumpa ayah, nak peluk ayah. Kakak rindu sangat kat ayah “
“Menitis air mata saya tengok kegembiraan dua beranak ni. Terima kasih pada semua pihak yang telah banyak membantu untuk menempatkan cucu dan menantu saya di HKL” katanya lagi.
Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…
Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…