Tak Setuju Mak Neelofa Patenkan Jenama ‘Harimau Menangis’, Netizen Pakat Buat Aduan Di MyIPO

Nama keluarga pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter.

Semuanya gara-gara penularan foto yang memperlihatkan pendaftaran logo atau cap dagangan Daging Harimau Menangis yang dilakukan ibunya Noor Kartini menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Malah dalam masa sama turut tular sebuah video yang di ambil dari IG Story Kartini dimana beliau dalam video tersebut menjelaskan pihaknya sudah memohon untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis dipercayai untuk jenama Aunty Tiny Kitchen.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis,” katanya sambil memasak.

Ini menimbulkan reaksi negatif dikalangan netizen yang menyifatkan nama tersebut tidak seharusnya dipatenkan memandangkan ia sudah begitu lama di gunakan oleh orang ramai di Malaysia.

Buat anda yang tidak tahu, isu ini menarik perhatian ramai terutamanya golongan peniaga kerana menurut mereka, sekiranya ibu Neelofa berjaya mempatenkan nama tersebut, para peniaga lainnya tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan nama berkenaan sebagai cap dagangan sama seperti yang dimaklumkan Kartini di dalam video tersebut.

Daging bakar harimau menangis ini sebenarnya merupakan makanan dari negara jiran Thailand sua rong hai namun sudah menjadi kegemaran ramai orang di utara dan pantai timur sebelum ia viral lagi .

Dah berzaman orang guna

Berzaman orang jual dekat pasar tani. Sebelum viral lagi

Ekoran dari itu, beberapa netizen tampil meminta orang ramai untuk membuat aduan ke MyIPO dengan harapan agar permohonan Kartini untuk mempatenkan jenama Harimau Menangis tidak diluluskan.

Malah ramai yang turut tampil mengajar orang ramai cara untuk membuat aduan sehingga ramai memaklumakn sudahpun berjaya membuat bantahan dan aduan tersebut.

Mungkin hanya daftar logo grafik

Namun disebalik semua perkongsian tersebut, ada juga netizen yang berpendapat Kartini hanyalah mendaftar logo grafik bagi jenama Harimau Menangis miliknya dan bukannya perkataan itu sendiri demi mengelakkan ianya disalah gunakan oleh pihak lain.

Apa-apa pun sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari puan Kartini atau wakilnya nanti berhubung isu ini nanti.

Recent Posts

  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago