fbpx
Now Reading
Tular Video Konon Cashier Disaman Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Penjelasan PDRM

Tular Video Konon Cashier Disaman Tak Pakai Sarung Tangan, Ini Penjelasan PDRM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/fundoelous/status/1351752112753893376

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak semalam tular satu video memperlihatkan sepasukan anggota polis sedang menjalani pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah premis perniagaan di Putrajaya.

Menerusi video sama, seorang dari pekerja wanita mereka dilihat telah dikompaun kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Namun apa yang memeranjatkan orang ramai apabila video tersebut seolah menunjukkan wanita berkenaan disaman kerana tidak menggunakan sarung tangan sedangkan ia tidak termaktub dalam SOP pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isu berkenaan kemudian menjadi perdebatan hangat di kalangan netizen di mana majoriti tidak bersetuju apabila melihat wanita berkenaan dikompaun hanya kerana tidak menggunakan sarung tangan.

Tiada SOP pakai Glove – DS Ismail Sabri

Video berkenaan kemudian turut mendapat perhatian Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang tampil menjelaskan tiada SOP untuk pemakaian sarung tangan.

Jawapan tersebut kemudian menimbulkan tanda tanya orang ramai bagaimana pihak berkuasa boleh mengenakan kompaun sedemikian sekiranya ia bukan satu kesalahan.

Namun ada segelintir yang berpendapat video berkenaan terlalu pendek untuk menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di tempat kejadian.

Bukan disaman sebab glove

Terbaru, menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali tampil menafikan dakwaan orang ramai, dan memaklumkan terdapat kekeliruan mengenai video tersebut.

Jelas beliau, wanita terbabit disaman bukan kerana glove, sebaliknya atas kesalahan lain.

“Kesalahan utamanya sebagai pekerja, dia sendiri tidak daftar MySejahtera dan manual serta tidak ambil suhu badan. Saya tak saman pun pasal tidak pakai sarung tangan.

“Saya hanya menasihati juruwang wanita itu supaya memakai sarung tangan yang diberikan oleh majikannya kerana dia berurusan dengan ramai pelanggan di kaunter bayaran.

“Bukan tujuan untuk saman sebab tidak pakai sarung tangan tapi klip video itu seolah-olah menunjukkan kami menyaman pekerja itu kerana tidak pakai sarung tangan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.