Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Jika anda ingat, setahun yang lalu, status sebagai seorang kontak rapat atau terpaksa menjalani kuarantin ekoran Covid-19 sudah cukup mengejutkan semua orang. Apatah lagi status anda sebagai seorang positif wabak maut tersebut.
Namun kini ia seolah sudah menjadi satu perkara yang biasa dimana orang ramai sudah mula dapat mendengar atau melihat secara langsung perkongsian pesakit Covid-19 di media sosial mengenai rutin harian mereka sepanjang menjalani kuarantin.
Antaranya adalah isteri kepada MP Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz iaitu Haflin Saiful yang telah berkongsi rutinnya sedang menjalani ‘kuarantin dirumah selepas disahkan positif Covid-19 tersebut.
Menerusi perkongsian tersebut, Haflin dilihat turut berkongsi lokasi tempat berkenaan yang dipercayai di Villa Danialla Beach Resort yang terletak di Bachok, Kelantan.
Perkongsiannya itu nyata mendapat perhatian ramai khususnya pengikut Haflin sendiri.
Meskipun ramai dilihat kagum dengan lokasinya dikuarantin dan turut mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga terdapat segelintir yang mempersoalkan tindakannya keluar dan mandi di pantai yang disifatkan melanggar SOP kuarantin.
Soalan-soalan tersebut kemudiannya membuatkan Hafilin tampil menjelaskan situasinya.
Menerusi laporan portal MalaysiaNow, Hafilin memberitahu bahawa dia tidak melanggar kuarantin kerana pantai berkenaan adalah pantai milik persendirian.
“Ini adalah kawasan pantai persendirian, teritori saya dan di dalam kompaun saya,” katanya memetik dari MalaysiaNow.
Terdahulu suaminya, Nazri disahkan positif Covid-19 pada 19 Januari 2021 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit di satu sidang media di Kuala Lumpur sekitar minggu lalu.
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…