Google Ugut Mahu Tamatkan Carian Enjin ‘Google Search’ Di Australia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Google hari ini difahamkan telah mengancam untuk menamatkan enjin cariannnya, Google Search di Australian melainkan kerajaan negara itu mengubah kembali rang undang-undang media (RUU) yang memerlukan gergasi IT membayar agensi media untuk kandungan mereka.

Pengarah Urusan Google Australia, Mel Silva, memberitahu jawatankuasa Senat di Canberra, keadaan akan menjadi buruk dimana syarikat mereka akan menyekat penggunan Google Search kepada warga Ausralia sekiranya cadangan undang-undang berkenaan tidak diubah.

“Sekiranya rang undang-undang versi ini terlaksana , kami tiada pilihan selain berhenti membuat Google Search di Australia,” katanya.

Namun Perdana Menteri Australia Scott Morrison, menegaskan penggubal undang-undang tidak akan menyerah pada ‘ancaman’ itu.

Mel Silva yang muncul secara virtual sewaktu sesi perbahasan di dewan senat petang tadi Foto : Mick Tsikas /AAP Image via AP

“Australia membuat peraturan membolehkan apa hendak anda lakukan di Australia. Itu dilakukan Parlimen kita.

“Mereka yang mahu mematuhinya di Australia, anda sangat dialu-alukan tetapi kami tidak beri respons terhadap ancaman,” katanya.

Australia pada tahun lalu telah memperkenalkan undang-undang penting untuk menjadikan syarikat gergasi-gergasi IT seperti Google, Facebook serta syarikat teknologi yang berpotensi untuk membayar pihak media dan kegagalan membayarnya akan berdepan denda bernilai jutaan dolar.

Selain itu mereka akan dipaksa membayar ganti rugi kepada agensi media tempatan tidak kira agensi penyiaran awam ataupun syarikat media swasta di sana.

Undang-undang bersebut bagaimanapun memberikan pengecualian pada platform popular lain yang turut dimiliki Google dan Facebook seperti laman video YouTube (Google) dan Instagram (FB).

Recent Posts

  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

4 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

28 mins ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

16 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

17 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

17 hours ago