Ahli Politik Ditahan, Proses & Jual Dadah RM 300 Sebotol

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Seorang ahli politik yang juga seorang ahli perniagaan telah ditahan polis selepas disyaki mengedar cecair dadah yang diproses sendiri di rumah.

Difahamkan suspek yang berusia 35 tahun yang juga bekas calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu telah ditahan polis di Fraser Business Park, Pudu pada 1.45 petang rabu yang lalu selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan yang mencurigakan.

Memetik Awani, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, hasil pemeriksaan keatasnya, polis tekah menemui 40 botol mengandungi 400 milimeter (ML) cecair dadah beserta wang tunai RM250 pada suspek.

Hasil tangkapan tersebut, polis kemudian telah membuat serbuan ke rumahnya dan menemukan lebih banyak lagi barangan lain seperti 1,500 gram ganja, cecair ganja (3,000 ML), cecair kimia, ganja, tempat siram pokok ganja serta sebuah kereta BMW disyaki milik suspek berkenaan.

“Hasil daripada tangkapan itu, kami membuat satu lagi serbuan di rumah suspek yang terletak di Ampang, Selangor sekitar pukul 1 pagi semalam dan berjaya membawa kepada penemuan tujuh pokok ganja serta dua anak pokok ganja,” katanya kepada Awani.

Mereka turut berjaya merampas 1,500 gram ganja, cecair ganja (3,000 ML), cecair kimia, ganja, tempat siram pokok ganja serta sebuah kereta BMW disyaki milik suspek berkenaan.

Dadah jenis ketamin dan THC

Kesemua barangan rampasan tersebut larangan tersebut dianggarkan bernilai RM60,760 melibatkan pokok ganja bernilai RM4,500, ganja bernilai RM3,000 serta cecair dadah bernilai RM53,100.

Menerusi laporan Sinar Harian, cecair dadah berkenaan disyaki jenis ketamin dan THC.

Hasil soal siasat polis, suspek mengaku telah terlibat dalam kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu.

“Polis juga difahamkan suspek telah menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran jenis ganja dan ketamin sebelum menjual di luar pada harga RM300 sebotol,” kata Saiful Azly lagi kepada Awani.

Suspek ketika ini dalam tempoh reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 27 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut polis di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama.

Laporan Malaysikini pula menyebut suspek merupakan ahli sebuah Biro dalam Pemuda Bersatu (Armada)

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

2 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

7 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

7 hours ago