Media Sosial ‘Unik’ Yang Sering Dipopularkan Elon Musk, Tapi Apa Sebenarnya Clubhouse?

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Apabila disebut sahaja media sosial, pasti terdetik di dalam kepala platform seperti Facebook, Instagram, Twitter, Linkedin dan pelbagai lagi.

Platform-platform ini dicipta agar anda dapat berinteraksi dengan orang lain secara dalam talian dalam masa sama berkongsi kisah terkini termasuk status dalam bentuk teks, foto, video dan sebagainya.

Namun tahukah anda sudah wujud satu aplikasi media sosial baharu yang ‘unik’? Ini kerana ciri-cirinya berbeza dari laman media sosial yang lainnya dimana ia hanya membenarkan penggunanya bersosial melalui suara sahaja.

Aplikasi yang kami maksudkan adalah Clubhouse, sebuah aplikasi yang mula mencipta nama selepas dipopularkan jurutera dan usahawan teknologi, Elon Musk beberapa minggu lalu selepas dia bersiaran bersama Vlad Tenev, CEO Robinhood sebuah syarikat teknologi kewangan menerusi Club House.

Apa itu Clubhouse?

Aplikasi yang mula menjadi perhatian rakyat Malaysia sejak 2 minggu lalu ini sebenarnya sudahpun di lancarkan pada Mac 2020. Namun penggunaannya pada waktu itu adalah ekslusif untuk warga Amerika Syarikat sahaja.

Diasaskan oleh entrepreneur di Silicon Valley, Paul Davison dan Rohan Seth, aplikasi ini sewaktu dilancarkan sudahpun dianggar bernilai AS$100 juta (RM405 juta).

Yang menariknya dalam tempoh setahun, ia sudah pun mengumpulkan 6 Juta pengguna dan nilainya juga meningkat kepada AS$ 1Bilion, dan boleh digelar Unicorn Startup setanding AirBnb, Uber dan SpaceX.

Semua interaksi menggunakan audio/ voice note

Secara dasarnya, Clubhouse adalah sebuah aplikasi media sosial berasaskan audio, membolehkan penggunanya dari seluruh pelusuk dunia bercakap, berborak secara ilmiah, mengembangkan idea, mengeratkan persahabatan dan bertemu orang baru.

Sebagai pengguna anda boleh merakam perbualan dengan mana-mana rakan di dalam aplikasi tersebut, dan perbualan berkenaan juga boleh didengari oleh pengguna lain.

Foto : Wmagazine

Umpama whatsapp tapi tanpa fungsi menaip. Malah ada juga beranggapan Clubhouse umpama sebuah platform podcast namun ianya berbeza kerana  apa yang anda dengari hanyalah rakaman suara asal, tanpa suntingan dan fx sebaliknya terus disiar di aplikasi.

Selain itu pengguna juga dapat berinteraksi secara real time berbanding podcast yang biasanya sudah siap diproses sebelum di muat naik.

Mempunyai ‘room’ tersendiri umpama iRC

Pada kami, ia juga mempunyai ciri seperti aplikasi chattting popular zaman dahulu, MiRC dimana ia turut menyediakan ‘room’ yang digemari penggunanya.

Sekiranya anda menyertai sesuatu room, anda boleh mendengar segala perbualan atau audio rakaman mereka yang terdapat didalamnya.

Setiap room atau bilik ini mempunyai pengkhususan sendiri. Ada bilik untuk mereka yang menggemari sukan, bilik untuk pencinta alam semula jadi, bilik berkaitan agama, dan pelbagai lagi.

Namun semuanya hanya berasaskan audio. Tiada text yang dapat dikongsikan. Gambar? Maaf memang tiada, satu-satunya gambar yang ada hanyalah gambar profil anda sebagai pengguna.

Contoh bilik-bilik di bawah :

Namun Clubhouse setakat ini hanya boleh didapati di Appstore. Tapi kami yakin ia bakal hadir di peranti Android tidak lama lagi.

Selain itu tidak semua orang boleh menyertai Clubhouse. Anda hanya boleh mendaftar sekiraya menerima jemputan dari rakan yang memiliki akaun Clubhouse. Wah ekslusif bukan?

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago