Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Tidak dinafikan, antara topik panas yang menjadi perdebatan hangat dikalangan rakyat Malaysia kebelakangan ini adalah isu kompaun dan saman ingkar SOP.
Ini kerana ada segelintir yang berpendapat tindakan pihak berkuasa seolah tidak adil kerana mengeluarkan saman secara terus terhadap orang ramai namun memilih membuka siasatan bagi golongan tertentu dalam hal membabitkan pelanggaran SOP.
Enggan lebih ramai orang keliru, seorang peguam, Mufarwa Farid kemudiannya tampil menjelaskan situasi dan prosedur sebenar yang membabitkan kedua-dua tindakan tersebut.
Diharap perkongsian beliau di bawah dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada orang ramai.
Jom ikuti perkongsian beliau di bawah :
1) Yang pertama, ‘saman’ yang dikenakan tu bukannya saman. Tapi ia adalah kompaun. Bezanya, kompaun boleh dibayar sebelum masuk Mahkamah. Saman pula, perlu masuk mahkamah untuk bayar.
2) Jadi, kenapa ada orang yang kena kompaun direct kat situ jugak? Dan, kenapa ada pulak orang yang kena tunggu kertas siasatan dibuka? Pilih bulu ke?
3) Tak.. Dia macam ni. Orang yang kena kompaun direct ni adalah orang yang melakukan pelanggaran SOP di hadapan penguatkuasa.
4) Dan yang kena buat kertas siasatan ni pula, dia melakukan pelanggaran SOP bukan di hadapan penguatkuasa.
5) Tak pakai mask masa pergi kedai, lepas tu ada pegawai polis/kesihatan nampak kita. Dia terus bagi kompaun. Kena maksimum 10k.
6) Buat majlis kahwin tak ikut SOP? Tapi takda seorang pun pegawai polis/kesihatan datang majlis tu. Jadi, tak kena la apa-apa kompaun direct.
7) Kalau lah masa tengah majlis tu, ada pegawai polis/kesihatan ambush, atau tak sengaja lalu, atau diorang dapat laporan orang awam dan datang ke majlis itu, barulah diorang boleh kena kompaun direct.
9) Kalau dia tak nampak, atau tak ada di tempat kejadian, maka kita call lah Polis suruh datang kompaun. Contohnya,
“Hello, polis. Ni ada artis kahwin tak ikut SOP. Tolong datang sekarang.”
Lalu polis pun datang, bagi kompaun kat penganjur majlis.
10) Kalau majlis dah selesai, gambar tak jaga SOP pun tersebar. Apa nak buat?
11) Kita sebagai orang awam, report lah polis. Suruh polis buat siasatan.
12) Haaa.. Sebab ni lah polis kena buka kertas siasatan. Polis kena panggil penganjur, kena tentukan diorang ni langgar SOP yang mana, siapa yang buat, siapa yang bertanggungjawab, dan sebagainya.
13) Mudah cerita, kalau pelanggaran SOP tu sudah pun berlaku, barulah Polis buat kertas siasatan. Bukan senang-senang nak saman kalau takda bukti kukuh. Sebab penguatkuasa takda masa kejadian berlaku. Jadi, kena lah teliti betul-betul.
14) Polis tak boleh nak terus bagi kompaun direct, sebab dia takda kat tempat kejadian. Polis juga perlu teliti kesalahan yang penganjur ni buat, dengan bukti-bukti kukuh. Benda ni pun makan masa.
15) Dan, selagi takda laporan polis, selagi itulah polis tak boleh buat apa. Sebab tu, kalau kita nampak je orang tak jaga SOP, terus panggil polis. Kalau majlis dah selesai pula, terpaksalah kita buat report polis.
16) Sebagai tambahan, anggota Polis yang boleh bagi kompaun ni adalah anggota polis berpangkat Inspektor ke atas sahaja.
18) Jadi, jelas kan kenapa ada orang kena saman direct, ada orang kena tunggu kertas siasatan dibuka?
19) Sekali lagi diulang, beza antara dua kes itu adalah, yang direct sebab penguatkuasa nampak. Yang tak direct sebab penguatkuasa tak nampak.
Sekian.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…