Meski Berbeza Agama, Uncle Tony Sediakan Juadah Berbuka Puasa Buat Penghuni Chow Kit

Tidak dinafikan disebalik keindahan bandaraya Kuala Lumpur, sebenarnya terselit kesusahan segelintir penduduknya khususnya di kawasan Chow Kit.

Mereka yang sudahpun dihimpit kemisikinan kini dilihat berdepan lebih kesukaran ekoran dari penularan covid-19 justeru sebarang pemberian hatta bantuan makanan begitu bagaikan satu nikmat buat mereka dalam meneruskan kehidupan.

Peka dengan isu ini, seorang pesara Tony Lian tampil menyantuni golongan-golongan yang memerlukan ini dengan menyediakan juadah berbuka untuk mereka di bulan ramadan.

Tony Lian yang lebih mesra dengan panggilan Uncle Tony, bersama pertubuhan kebajikan yang diasaskannya iatu Food4U telah mengagihkan hidangan ini pada setiap petang Jumaat di bulan Ramadan.

Foto : FMT

Malah difahamkan aktiviti kebajikan Uncle Tony ini tidak terhad pada bulan ramadan sahaja sebaliknya dilakukan sepanjang tahun.

“Komuniti di sini amat rapat dengan saya memandangkan saya berada di sini mengedar barangan dapur setiap hari Sabtu.

“Saya mengagihkan beras, minyak masak dan beberapa barangan keperluan lain kepada mereka,” katanya dipetik dari FMT.

Foto : FMT

Pada Uncle Tony Lian, segala yang dilakukannya ini adalah satu tanggung jawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu mereka memerlukan.

“Ini adalah Malaysia yang sebenarnya adalah hanya satu bangsa. Tidak kira siapa yang memerlukan bantuan, kita harus membantu mereka,” katanya.

Uncle Tony

Selain Uncle Tony, inisiatif murninya itu turut disokong ramai pihak khususnya tkeluarga, rakan, orang ramai serta beberapa syarikat korporat. Mereka semua merupakan nadi penting yang mengerakkan Food4U bagi membolehkan Lian terus menyalurkan bantuan.

Malah Food4u turut berbesar hati dan membuka pintu kepada mana-mana pihak yang ini bersama mereka memberikan sumbangan .

Aktiviti pengagihan makanan oleh Food4u turut dibantu Anggota Rela demi memastikmna ianya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19. (Foto : FMT)

Mengulas lebih lanjut Uncle Tony menjelaskan pihak berkuasa sebelum ini pernah mengarahkannya untuk membuka dapur gelandangan di lokasi yang sudah ditetapkan, namun dia menolak memandangkan kawasan itu agak terhadap dan hanya mampu memuatkan sekitar 70 orang sahaja.

Selain itu penularan Covid-19 juga menyukarkannya untuk melakukan agihan kerana tidak ramai sukarelawan yang datang membantu.

“Saya sudah mencapai apa yang ingin dicapai dalam hidup. Ini adalah cara untuk saya menyumbang semula kepada masyarakat menerusi aktiviti kebajikan,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

19 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

46 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago