Tersentuh Lihat Remaja Gigih Cari Rezeki Dalam Hujan Lebat, Guru Borong Semua Barang Jualan

Sudah tentunya memang banyak peniaga-peniaga kecil yang boleh kita jumpa termasuklah di tepi jalan, bazaar Ramadan dan sebagainya, tapi tak banyak remaja atau golongan muda mahu berniaga, terutamanya secara bersendirian.

Mereka ini lagi-lagi yang masih belasan tahun kebanyakkannya lebih suka untuk luangkan masa bermain dengan rakan-rakan atau buat kerja sendiri, tapi lain pula dengan seorang remaja ini yang gigih berniaga sendirian walaupun terpaksa menempuh hujan lebat.

Menerusi sebuah video yang dikongsi Muhamad Zamri, 38, dia terserempak dengan remaja lelaki tersebut sedang berniaga di tepi jalan sewaktu keadaan hujan dengan begitu lebat.

@muhamadzamri2020

Rezeki ramadhan.. ##esekeli ##foryoupage

♬ original sound – Ckhan

Ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya di Kampung Sungai Tekali, Ulu Langat, Selangor.

Menerusi laporan Mstar, Muhammad sedang menuju pulang ke rumahnya di Gombak dan perlu memandu di kawasan kampung dalam keadaan hujan lebat diiringi guruh serta kilat.

Foto: Mstar

“Jalan yang saya lalu tu kawasan kampung dan memang tiada kedai atau gerai lain. Tiba-tiba ada dia seorang sahaja yang berniaga, dalam kedaan hujan lebat pula.

“Saya sebenarnya memang dah perasan budak tu berniaga masa dalam perjalanan nak pergi rumah kawan. Bila nak balik saya lalu semula, dia masih ada lagi di situ dan masih ada lagi kuihnya yang tak terjual.

“Disebabkan waktu itu hujan lebat dan sudah hampir waktu berbuka, saya pun tak fikir panjang dan terus berhenti di gerai adik itu.”

Menurutnya lagi, remaja itu kelihatannya seperti memang mahu menghabiskan kuih jualan yang dipercayai dibuat ibunya sendiri itu. Tetapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan, ia susah untuk dihabiskan.

Guru muzik di SMK Sungai Kertas Gombak itu kemudian membeli semua barang jualan untuk membantu remaja itu pulang lebih awal ke rumah berbuka puasa bersama keluarga.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen positif dan pujian kepada Muhammad. Ada juga yang memang kenal dengan remaja itu dan memuji kesedapan kuih dibuat oleh ibunya.

Remaja yang kental

Tahu dia susah dan perlu kuat

Mak dia buat kuih memang sedap

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago