Pelajar Raih Gelaran ‘Top In The World’ Bagi Subjek Kimia, Agong Turut Beri Ucapan Tahniah

Baru-baru ini, seorang pelajar yang bernama Cheryl Chow Shu Wei dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi subjek Kimia.

Memperoleh pengiktirafan daripada Cambridge Assessment International Education

Pengiktirafan itu diperolehi oleh pelajar berusia 17 tahun tersebut daripada Cambridge Assessment International Education setelah berjaya ‘menewaskan’ hampir sejuta pelajar lain dari seluruh dunia semasa acara Outstanding Cambridge Learner Awards, baru-baru ini.

Cheryl Chow Shu Wei memperolehi markah piawaian tertinggi dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi subjek sains itu.

Foto: School Advisor

Yang di-Pertuan Agong turut bangga kejayaan Shu Wei dalam peperiksaan IGCSE

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa suka cita dan berbangga ke atas Cheryl Chow Shu Wei susulan kejayaan beliau dinobatkan ‘Top In The World’ bagi mata pelajaran tersebut.

“Sesungguhnya, kejayaan adik Cheryl Chow Shu Wei sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan pelajar dan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa. Ianya juga membuktikan bahawa dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di persada antarabangsa.”

Semoga menjadi sumber inspirasi

Melalui posting di laman Facebook Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong juga berharap agar kejayaan pelajar berusia 17 tahun itu menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Malaysia, khususnya golongan pelajar dan remaja supaya berusaha keras mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Foto: FB

“Semoga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan pelajar dan belia, untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing”

“Selamat maju jaya kepada adik Cheryl Chow Shu Wei dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa di masa hadapan.”

Seterusnya, Seri Paduka Baginda juga mengucapkan ucapan selamat maju jaya kepada pelajar tersebut dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang serta terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada masa hadapan.

Pernah raih gelaran peserta terbaik pada acara Mangahigh East Asia Maths Challenge 2019

Terdahulu, Cheryl difahamkan pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik di acara Mangahigh East Asia Maths Ninja Challenge 2019 di mana dia muncul sebagai yang terbaik di kalangan 14,240 orang pelajar dari Jepun, China, Korea, Singapura dan di negara-negara sekitar Asia termasuklah Malaysia.

Tidak cukup setakat itu, Cheryl juga pernah berjaya memperolehi pingat emas pada pertandingan Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan di pertandingan The Universiy of St Andrews Maths Competition pada tahun 2019.

Pelajar cemerlang itu turut dianugerahkan pingat emas dalam Queen’s Commonwealth Essay Competition bagi dua tahun berturut-turut iaitu pada 2019 dan 2020.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

14 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

16 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

16 hours ago