Arab Saudi Kongsi Foto Resolusi Tinggi Hajar Aswad Kepada Orang Ramai

Buat mereka yang mengerjakan umrah dan haji, mencium Hajar Aswad merupakan satu dari perkara sunnah yang di dambakan.

Namun tak semua berpeluang untuk merapatinya apatah lagi memegang dan mencium batu  berbentuk bujur dengan keluasan diameter 30 sentimeter yang terletak di salah satu bucu Kaabah tersebut, disebabkan terdapat lautan manusia yang turut berhasrat perkara yang sama.

Secara ringkasnya, meskipun sifat Hajar Aswad atau Hajarul Aswad yang bermaksud batu hitam ini kerap menjadi topik perdebatan orang ramai, sebagai umat islam kita mempercayai bahawa batu ini datangnya daripada syurga dan dibawa oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT.

Dari segi warna pula, ia yang pada mulanya berwarna putih namun bertukar menjadi hitam kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama dosa-dosa yang dilakukan.

Bercerita mengenai Hajar Aswad, kerajan Arab Saudi baru-baru ini buat pertama kalinya telah berkongsi foto batu tersebut dengan resolusi yang tinggi dan secara jarak dekat.

Dimuat naik menerusi akaun IG Reasahalharmain, pastinya perkongsian tersebut menarik perhatian orang ramai memandangkan tidak ramai yang berpeluang melihat batu ini secara dekat dan terperinci.

Menerusi laporan Arab News, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci memaklumkan sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim telah diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Yang menariknya, 1050 foto tersebut mencapai sehingga 49,000 megapiksel dan memakan masa 7 jam untuk difotokan manakala mengambil masa lebih 50 jam untuk diproses.

Recent Posts

  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 mins ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

15 mins ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

29 mins ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

2 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

3 hours ago