“Allahu..Sedihnya” – Posting Terakhir Anggota Polis Yang Maut Tertembak Undang Sebak Ramai

Lewat malam tadi rakyat Malaysia digemparkan dengan kematian seorang konstabel polis, seorang anggota polis yang dilaporkan maut terkena tembakan di sebelah kanan kepala oleh rakannya juga seorang anggota polis di Lorong Permai Timur 9A, Sibu, Sarawak.

Mangsa, Norhalim Tumiran, 25, berasal dari Pahang dilaporkan baru sahaja berpindah tugas ke sini setelah menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis.

Arwah yang menetap di rumah transit di IPD Sibu difahamkan datang ke rumah tersebut yang didiami tiga rakannya juga anggota polis untuk bermain game sebelum berbuka puasa.

Namun siapa sangka sudah tertulis kedatangannya disana merupakan detik terakhir arwah di dunia ini. Pemergian tanpa diduga itu pastinya memberi kesan kepada keluarga Allahyarham khususnya kepada ibu, isteri dan anaknya yang baru berumur 1 tahun.

Namun satu yang menyentuh hati orang ramai adalah posting terakhir arwah di akaun Facebooknya dimana dia memaklumkan tidak dapat pulang beraya bersama keluarganya baiknya di belah nya mahupun di rumah mentuanya dipercayai kerana tugas.

“Tahun ni rumah mak pun takdapat rumah mak mertua pun tak dapat”

Perkongsian tersebut meskipun secara bersahaja nyata mengundang hiba orang ramai seolah arwah memberikan mesej yang dia akan beraya di sebuah tempat ‘lain’.

Malah arwah menerusi satu posting turut berkongsikan lagu raya penyanyi no 1 asia, Arwah Sudirman, Dari Jauh Ku Pohon Maaf.

Lebih menyedihkan orang ramai apabila arwah baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan keduanya bersama isteri pada 19 April yang lalu.

Perkongsian tersebut nyata mengundang sebak netizen yang berkunjung ke akaunnya sebaik mengetahui nasib malang yang menimpa wira negara ini.

Ramai yang turut mengambil kesempatan memberikan sokongan kepada kelaurga arwah dengan meninggalkan nota di ruangan komen.

Buat keluarga arwah, kami doakan semoga kalian tabah menghadapi dugaan berat ini. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago