Ini SOP Total Lockdown Fasa 1 Yang Patut Anda Tahu

Umum mengetahui Perdana Menteri pada jumaat lalu telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Sehubungan itu, semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essentials) yang disenaraikan MKN

Terbaharu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi sudahpun mengumumkan perincian prosedur operasi standard (SOP) tersebut bagi Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) menerusi satu sidang media khas.

Secara ringkasnya, kebanyakannya dilihat menyerupai apa yang dikuatkuasakan semasa perintah kawalan pergerakan pertama (PKP 1.0) pada bulan Mac tahun lalu dengan kelonggaran diberikan kepada beberapa sektor ekonomi.

Jadi di bawah kami kongsikan SOP penuh Sekatan Pergerakan Penuh ( Total Lockdown) untuk rujukan anda :

1) Hanya dua orang setiap isi rumah yang boleh meninggalkan rumah. Namun pengecualian bertiga diberikan untuk tujuan perubatan dan kecemasan.

2) Meninggalkan rumah hanya dibenarkan untuk bekerja (perkhidmatan penting) dan membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

3) Dua orang satu kenderaan untuk teksi dan kereta e-hailing.

4) Perjalanan tidak melebihi 10km dibenarkan. Sekiranya mendapatkan perkhidmatan perubatan yang tidak terdapat dalam radius, seseorang boleh pergi ke perkhidmatan terdekat yang terdekat di luar radius 10km.

5) Aktiviti berjoging dan senaman individu dibenarkan di kawasan kejiranan. Tiada sentuhan fizikal yang dibenarkan dengan jarak sosial 2 ke 3 meter.

6) Semua pusat jagaan kanak-kanak ditutup kecuali pusat jagaan anak-anak yang ibu bapanya pekerja barisan hadapan atau kedua-dua ibu bapanya perlu bekerja.

7) Pusat membeli-belah ditutup tetapi penyewa yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting mungkin dibuka.

8) Solat di masjid dan surau terhad kepada 12 orang AJK masjid dan surau mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Tidak dibenarkan orang luar.

9) Pengangkutan awam tetap berfungsi tetapi berkapasiti 50 peratus

Sebarang perniagaan yang dianggap sebagai perkhidmatan penting hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Walau bagaimanapun, waktu perniagaan untuk perkara berikut mungkin berbeza:

  • Pasar: 6 pagi ke 2 petang
  • Pasar tani: 6 pagi hingga 4 petang
  • Pasar borong: 12 tengah malam ke 6 pagi dan 11 pagi ke 4 petang
  • Stesen minyak: 6 pagi hingga 8 malam (Mereka yang berada di lebuh raya boleh beroperasi 24 jam)

Untuk mengetahui senarai perkhidmatan perlu (essentials) yang dibenarkan beroperasi sepanjang Total Lockdown Fasa 1 rujuk artikel di bawah :

Foto header : Malaymail

Recent Posts

  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

1 hour ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

2 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

2 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

18 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

19 hours ago