fbpx
Now Reading
Tiada Sambungan Internet, Gadis Gigih Buat Presentation Guna Telefon Rumah Raih Pujian Ramai

Tiada Sambungan Internet, Gadis Gigih Buat Presentation Guna Telefon Rumah Raih Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Universiti melaksanakan online class

Bagi membendung penularan Covid-19, pihak institusi dan pengajian tinggi telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan online class.

Tidak dinafikan, pembelajaran atas talian ini mempunyai cabaran yang pelbagai seperti masalah kelajuan ataupun pengaksesan internet.

Perlu membuat presentation

Begitulah yang dialami oleh seorang gadis semasa dia menjalani online class dan perlu membuat presentation.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, difahamkan gadis tersebut mempunyai presentation bersama ahli kumpulannya yang lain semasa kejadian.

Internet tidak berfungsi

Namun, semua internet connection di rumahnya tidak berfungsi dan membuatkan gadis tersebut gagal untuk memasuki kelas.

Oleh itu, dia terpaksa menggunakan cara lain untuk menghadiri kelas tersebut tanpa perlu menggunakan apa-apa talian internet kerana gilirannya untuk sesi pembentangan sudah tiba.

Guna telefon rumah

@nisa_rinaa

Dugaan Online Class #fyp #fypgakni #fypdongggggggg #foryou #beranda #foryoupage

♬ original sound – Nisa Rina IV

Apa yang menarik perhatian ramai adalah dia mengambil keputusan untuk menelefon rakannya menggunakan telefon rumah sambil membuat pembentangan.

Malah, aksinya itu dilihat seakan-akan pramugari yang sedang membuat pengumuman di dalam kapal terbang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan usaha yang dilakukan  gadis tersebut untuk meneruskan presentation walaupun mempunyai gangguan internet.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 102.6K views, 19.5K likes dan 623 shares di aplikasi TikTok.

“Cari solution terus”

“Respect your effort”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.