Elak Pemalsuan, Surat MITI Perlu Ada QR Code

Hari ini bermulalah sekatan pergerakan penuh fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang semakin meruncing di dalam negara.

Dengan pelaksanaan ini, sebarang pergerakan tidak lagi dibenarkan melebihi radius 10 KM melainkan atas urusan tertentu antaranya kecemasan atau urusan bekerja untuk sektor yang dibenarkan beroperasi, itu pun dengan adanya surat kebenaran MITI dan surat lantikan majikan atau pas pekerja sebagai bukti bagi melepasi sebarang SJR untuk ke ke tempat kerja.

Malah untuk kali ini permohonan surat kebenaran difahamkan lebih ketat dan hanya akan dikeluarkan setelah disahkan kementerian-kementerian berkenaan.

Baca artikel berkaitan :  Permohonan Kebenaran Untuk Bekerja Perlu Dipohon Semula Menerusi CIMS3.0 MITI – MKN

Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, M V Srikumar M Nair, untuk mengelakkan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi, surat yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan dilengkapi dengan kod respon pantas (QR).

Contoh surat MITI terdahulu

Kod tersebut difahamkam akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.

“Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod berkenaan.

“Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul selaras dengan pemegang surat,” katanya kepada Bernama dalam program Ruang Bicara Polis Diraja Malaysia.

Beliau dalam masa sama turut menolak dakwaan yang wujudnya layanan tidak sama rata terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti mana yang didakwa sesetengah pihak khusnya dalam isu memberi kebenaran merentas daerah ataunegeri.

“PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya…jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah dibenarkan,” katanya.

Foto sekadar hiasan Foto : Malaymail/ Yusof Mat Isa

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

3 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago