Lucu! Lelaki Order ‘Kolam Renang’ Untuk Mandi Manda, Tapi Yang Sampai Kolam Rendam Kaki

Buat pesanan online

Membuat pesanan barangan online haruslah diteliti dengan betul kerana jika tersalah beli, kita juga yang rugi.

Sama seperti kisah seorang lelaki di Wolverhampton baru-baru ini yang telah tersalah membeli kolam renang.

Menurut sumber, lelaki yang dikenali sebagai Mick Daffern itu telah membuat pembelian sebuah kolam renang mudah alih secara online memandangkan cuaca panas yang sedang dialami di kawasan Wolverhampton. Dia merancang untuk bermandi-manda di dalam kolam tersebut pada waktu terluang.

Dapat kolam rendaman kaki

Foto: Roland Leon

Apa yang memeranjatkan adalah semasa barang yang dipesan tiba, kolam renang yang disangka sepanjang 8 kaki berkenaan rupa-rupanya hanyalah sebuah kolam rendaman kaki untuk kanak-kanak!

Lebih melucukan, bapa kepada dua anak itu turut diperli oleh isterinya gara-gara kedekut dan hanya ingin memiliki kolam berkenaan kerana ia diiklankan dengan harga yang cukup murah iaitu 7 Pound Sterling (RM41).

Foto: Roland Leon

Terpedaya dengan ilustrasi

Tambahnya,  dia mengakui bahawa telah terpedaya dengan gambar yang diletakkan dalam laman web pembelian berkenaan.

Difahamkan, Mick akui telah ditipu dan sekurang-kurangnya kolam renang itu boleh diberikan kepada anak gadisnya yang berusia 9 tahun.

Foto: Roland Leon

Bagi mereka di luar sana,  silalah berhati-hati ketika membuat pembelian ‘online’ dan luangkan sedikit masa untuk membaca info produk serta review yang ditinggalkan pada ruangan komen kedai online tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

47 mins ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

18 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

19 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

19 hours ago