7 Tips Simple & Jimat Untuk Dekorasi Bilik Tidur

Bilik tidur merupakan tempat di rumah di mana anda boleh berehat dan menenangkan diri tanpa masalah. Siapa sahaja nak tidur dalam bilik yang suram dan boring kan?

Kini terdapat pelbagai cara untuk menghias bilik tidur dengan mudah. Malah, ia juga tidak menggunakan kos yang tinggi.

#1 Ubah kedudukan katil

Foto: Salam.web

Untuk mereka yang mempunyai ruang luas, katil tidak semestinya perlu disandarkan pada dinding sahaja. Anda boleh letakkan katil pada sudut berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal.

#2 Pilih cat warna lembut

Foto: Google

Anda juga boleh pilih cat dinding bilik dengan warna-warna lembut dan pastel. Warna seperti ini akan memberikan impak ruang yang lebih luas dan mood yang menenangkan.

#3 Perabot yang minimal

Foto: Hias.my

Bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari melainkan anda memiliki ruang yang masih luas. Anda boleh pilih dan asingkan barang yang tidak diperlukan dan jarang digunakan, elak daripada menyimpan semula barang tidak perlu dalam bilik tidur anda.

#4 Letak cermin

Foto: Wanista

Bagi memberi ilusi lebih luas untuk bilik tidur, anda boleh meletakkan cermin yang bersaiz besar di sudut dinding. Lebih besar cermin itu, lebih baik kerana pantulan cermin akan menjadikan bilik nampak lebih luas.

#5 Pencahayaan baik

Foto: Aviarydeco

Kebanyakan bilik tidur mempunyai tingkap kan? Jadi, disarankan untuk guna day curtain berwarna cerah seperti putih, light grey atau beige. Jika punyai bajet yang lebih, dapatkan night curtain yang berkualiti untuk memberikan keselesaan ketika tidur waktu malam.

#6 Letak pokok hiasan

Foto: The Family Handyman

Bagi menambah hiasan bilik, anda boleh cuba gunakan pokok kaktus kerana ia adalah salah satu pokok yang paling senang dijaga di dalam rumah. Malah, ia mempunyai banyak pilihan yang menarik dan pelbagai saiz. Susun cantik-cantik dalam bilik dan ia mampu menyerikan suasana dalam bilik.

#7 Elak cadar dan sarung bantal kosong

Foto: Google

Elakkan guna cadar dan sarung bantal yang kosong atau tanpa ada corak kerana ia boleh membuatkan bilik tidur nampak membosankan. Anda boleh gunakan cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik ataupun corak abstrak yang simple supaya dapat menambahkan seri bilik.

Apa-apa pun, pastikan bilik tidur sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas kerana secantik mana bilik tidur pun jika ia tidak dijaga dan bersepah, boleh merosakkan suasana di dalamnya. Ingat, bilik yang bersih boleh menyucikan minda dan memberikan aura yang positif kepada diri kita!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago