Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di lapan daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari berkuatkuasa lusa, 3 Julai – 16 Julai 2021.
Baca artikel berkaitan : PKPD Di Mukim-mukim di 8 Daerah Di Selangor & Beberapa Lokaliti Di KL Mulai 3 Julai
Sehubungan itu MKN telah mengeluarkan beberapa SOP baharu bagi kawasan terlibat yang akan mula dilaksanakan bermula 3 Julai.
Bagi memudahkan anda di bawah kami senaraikan semua SOP dan larangan-larangan yang diumumkan Ismail Sabri untuk semua kawasan terlibat :
1. SEMUA laluan kawasan PKPD terlibat akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.
2. Semua penduduk di dalam kawasan PKPD Tidak Dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
3. Rentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
4. Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.
5. Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2) orang sahaja termasuk pemandu.
Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).
Semua tidak dibenarkan kecuali kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka.
Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8 malam namun hanya take away, pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN
Pasar borong dibenarkan beroperasi 12.00 pagi hingga 6 pagi.
Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi (6.00 pagi hingga 2.00 petang)
Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8 malam
Stesen minyak dibenarkan beroperasi (6.00 pagi hingga 8.00 malam) kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah Tidak Dibenarkan
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…
Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…
Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…