PKPD Di 8 Daerah Di Selangor & Beberapa Lokaliti Di KL Mulai 3 Julai

Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di lapan daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari berkuatkuasa lusa, 3 Julai sehingga 16 Julai 2021

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media berkata, keputusan ini diambil ekoran kesemua kawasan yang terlibat ni terus mencatatkan kes jangkitan Covid-19 yang begitu tinggi.

“Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan. Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

“Sehubungan itu, melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.”

Semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal PDRM

Dengan pelaksanaan PKPD ini, hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

Selain itu, semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

Untuk rujukan anda bawah kami senaraikan semua lokasi mukim dan daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat :

Lokasi PKPD di Selangor mengikut mukim-mukim :

Gombak

a. Batu
b. Rawang
c. Setapak
d. Hulu Kelang
e. Kuang

Petaling

a. Petaling
b. Damansara
c. Sg. Buloh
d. Bukit Raja

Hulu Langat

a. Ampang
b. Cheras
c. Kajang
d. Semenyih
e. Beranang
f. Hulu Langat

Sepang

a. Dengkil
b. Labu
c. Sepang

Kuala Langat

a. Tanjung 12 (1)
b. Tanjung 12 (2)
c. Teluk Panglima Garang
d. Morib
e. Bandar
f. Jugra
g. Batu

Klang

a. Kapar
b. Klang

Kuala Selangor

a. Ijok
b. Bestari Jaya
c. Jeram

Hulu Selangor

a. Serendah
b. Rasa
c. Ulu Yam
d. Batang Kali

Lokasi PKPD di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
  • Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2)
  • Flat Sri Sabah
  • Kampung Puah
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

14 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

38 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

5 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago