Kami yakin semua cukup tahu bahawa mereka yang positif atau disyaki menghidap COVID-19 adalah tidak dibenarkan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan suntikan.
Malah Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini turut menggesa penerima vaksin menyemak status risiko COVID-19 di aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum hadir ke PPV.
Namun siapa sangka, disebalik arahan tersebut, seorang wanita semalam telah mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai apabila apabila dia membawa ibunya yang disyaki positif Covid-19 hadir ke PPV Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) yang terletak di Seri Kembangan.
Tidankannya menyebabkan proses suntikan vaksinasi di PPV tersebut terpaksa dihentikan selepas dia kemudiannya disahkan positif Covid-19.
Mula dimuat naik di IG story oleh seorang petugas kesihatan yang berkongsikan keadaan semasa disana, video berkenaan kemudian mula tular dan sohor di Twitter selepas dikongsikan oleh @ara_fafa.
Penularan video tersebut membangkitkan kemarahan netizen yang menyifakkan tindakan wanita berkenaan tidak bertanggungjawab dan boleh meriskikon kesihatan penerima vaksin yang turut berada disana.
Namun Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerusi satu kenyataan menjelaskan, individu berkenaan memang mempunyai janji temu dan hadir di MIECC.
Namun dia itu hanya mengetahui yang dia positif Covid-19 selepas tiba di PPV berkenaan apabila mendapat panggilan dari pusat perubatan yang menjalankan ujian Covid-19 terhadapnya.
“Dia hanya mengetahui dirinya positif Covid-19 setelah sampai di sana apabila dihubungi oleh pusat perubatan yang menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.
“Pihak pengurusan MIECC telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengasingkan wanita tersebut,” katanya.
“Aktiviti sanitasi menyeluruh juga terus dibuat oleh bomba dan operasi PPV disambung semula sejurus sahaja urusan sanitasi selesai,” menurut kenyataan yang dikeluarkan CITF.
Mereka dalam masa sama turut mengingatkan semua penerima vaksin berjadual untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak hadir ke PPV sehinggalah keputusan ujian saringan Covid-19 sah negatif.
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…