Akui Terlalu Emosi Dalam Berjihad, Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Selepas hampir seminggu terlibat dalam kontroversi hangat apabila mengumumkan akan membuat satu pendedahan mengenai apa yang berlaku di Gaza, rapper terkenal, Caprice hari ini memohon maaf kepada semua pihak yang terlihat.

Menerusi satu hantaran di instagramnya, Caprice dilihat membuat permohonan maaf kepada TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan kepada Ustaz Ebit Lew.

Menurut Caprice, apa yang berlaku sebelum ini adalah kesilapannya sendiri dan tidak membabitkan pihak lain.

“Salam Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin dan Ebit Lew, Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice di mana kita terlalu emosi tentang perjuangan kita demi ummah, demi Palestin dan demi Rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

Caprice atau nama betulnya Ariz Ramli, dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada Hishammuddin dan kedutaaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas layanan yang diberikan terhadapnya termasuk perlindungan 24 jam sepanjang di negara itu.

Caprice nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Malaysia-Mesir dan Kerajaan Mesir atas layanan baik, sokongan dan perlindungan 24 jam sepanjang Caprice di Mesir,” katanya.

Dia dalam masa sama turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia sebaik selesai urusannya di sana.

“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine” kata Caprice lagi.

Dijengah ke ruangah komen, rata-rata netizen dilihat memuji tindakannya menjernihkan keadaan dengan membuat permohonan maaf tersebut. Ada yang turut merasakan tindakan tersebut membuktikan dia dia seorang yang matang dan mampu membuang egonya demi kebaikan semua pihak.

Malah ada juga segelintir yang meminta Caprice untuk berjumpa Ebit Lew secara peribadi dan memohon maaf kepadanya di atas apa yang berlaku.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

10 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

19 mins ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

1 hour ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

2 hours ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

2 hours ago