“Memang betul rezeki”- Lepas Dapat Bantuan Menteri, Lelaki Tular ‘Jual’ Durian RM500 Ditawar Jadi Influencer Pula

Benar kata pepatah rezeki tidak pernah salah alamat. Siapa sangka selepas kisah durian RM500 yang dijualnya tular dan dibantu oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri M.Saravan bagi membaiki kos kereta, peniaga tular Wan Mahussin memaklumkan dia kini mendapat tawaran menjadi influencer pula.

Wan Mahussin menerusi satu perkongsian di Facebooknya memaklumkan menerima tawaran menjadi influencer untuk produk makanan berasaskan durian iaitu Durian Mochi.

Ditawar jadi influencer durian Mochi

“ALLAHUAKBAR..Memang betul rezekinya jika kita bersangka baik dengan Allah. Allah nak ganti rezeki saya dengan ujian cermin kereta pecah.. YB Menteri Datuk Sri M. Saravanan bantu dan semalam saya ditawarkan menjadi salah satu influencer Durian Mochi” tulisnya ringkas.

Gembira dengan rezeki berganda tersebut, pemuda berkenaan dalam masa sama turut memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.

Terdahulu kisah Mahussin menjadi tular selepas videonya dikongsikan di laman TikTok oleh seorang penguna @junesbakery hingga menjadi sohor di semua platform media sosial.

@juneysbakery

jom submit doa kat brader ni moga Allah gantikan dgn yg lebih baik..amin.Video kiriman dari wassap group rakan bisnes.

♬ original sound – EL HAMA

Menerusi video tersebut dia memaklumkan durian berkenaan berharga RM500 kerana ianya ‘tidak jatuh di atas tanah’.

Mungkin kecewa dengan dengan apa yang terjadi dia kemudian memperjelaskan, durian tersebut sebaliknya jatuh di atas keretanya hingga menyebabkan cermin keretanya pecah dan rosak teruk.

Justeru harga RM500 yang disebutnya sebenarnya adalah kos bagi membaiki cermin keretanya yang pecah selepas ditimpa durian berkenaan.

Dihubungi DS M Saravanan

Namun siapa sangka video tersebut turut mendapat perhatian Datuk Seri M. Saravan yang kemudiaan bertindak menghubunginya bagi membeli durian tersebut.

Tampil menjelaskan yang durian berkenaan sudah habis dimakan olehnya, Menteri Sumber Manusia itu bagaimanapun tetap berbesar hati untuk memberikan wang berkenaan bagi membaiki cermin keretanya yang pecah.

“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya. Saya jawab yang saya dah makan dan tanya tuan daripada mana?

“Beliau jawab daripada kerajaan, terkejut jugak, bila disemak, Rupa-rupanya YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan, Menteri Sumber Manusia. Beliau minta no akaun dan sumbang untuk menampung kos… Rezeki saya hari ini”tulisnya ringkas.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

14 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

15 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

16 hours ago